Hujung tahun sebegini kesibukan mula terasa..kelmarin mesyuarat kali pertama bermula..semalam pula pendaftaran tahun 1 dan penjualan buku. Sebagai warga baru di sekolah ini, pastinya saya juga turut membantu di mana perlu. Alhamdulillah saya diterima baik di sini dan senyuman yang dilemparkan setiap kali bertembung..meredakan kegundahan dan keresahan di hati saya sebelum ini :)
Alhamdulillah..di tempat baru juga saya diberi kepercayaan untuk menyambung tugas sebagai Guru perpustakaan dan Media..kebetulan yang tidak terduga apabila kedatangan saya ke sini adalah untuk mengambil alih tugas guru tersebut yang berpindah ke Sarawak. Saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek sains untuk murid Tahun 3 dan 4 serta subjek Matematik untuk Tahun 5 iaitu sebanyak 13 waktu seminggu. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan gembira sekali..Terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa memahami..
Pastinya kesibukan ini akan berterusan sehingga penggal persekolahan bermula pada hari Rabu 2/1/2013 ini. Di kesempatan
ini saya mendoakan Tahun Baru 2013 ini akan membawa seribu rahmat dan
keberkatan yang berlipat ganda kepada semua kawan-kawan, adik-adik dan
semua pengunjung yang setia singgah di blog saya ni...Harapan saya juga
agar tali silaturrahim yang sudah terjalin akan bertambah erat lagi dan
kekal berpanjangan...Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang sentiasa memberikan komen dan tidak lokek mencurahkan ilmu
untuk dikongsi bersama. Hendaknya anda semua sentiasa diimpahi dan
dalam lindungan Allah swt. selalu....Amiiinnn..
Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)