~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Azam Tahun Baru 2013

Posted by Dea at Friday, December 21, 2012
Tahun 2012 bakal menutup tirainya. Mari kita sambut tahun baru 2013 yang bakal tiba dengan doa, azam dan usaha untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya. Bagi yang bakal memasuki sekolah awal tahun depan, mulakanlah pembelajaran tanpa menunggu 'last minute'. Binalah azam betul-betul untuk kebahagiaan diri sendiri, keluarga , agama , masyarakat dan bangsa.  

Betul kah bila orang kata Azam itu penting? bukan Encik Azam ye.. tapi Azam tahun baru.. 
Azam penting bagi saya untuk kita achieve target.. tak salah pun ada azam dan cita-cita.. kalau itu yang membakar semangat untuk dapatkan apa yang kita nak.. tapi sila beragak-agak nak buat azam okey.. tak payah lah kau berazam nak masuk where the money drops pastu berazam dapat jawab semua soalan pastu boleh jadi jutawan, bawa balik duit guni-guni..

Terserah azam itu untuk disimpan di dalam hati atau untuk satu dunia tahu.. kalau kita hebahkan kepada dunia pun elok jugak.. sebab bila semua orang dah tau apa azam kita.. dah tentu lah kita akan 'work hard' untuk 'achieve target' tu.. kalau tak malu satu kampung.. eh satu dunia..  jadi demi taknak malu sebab dah war-warkan hari tu.. so marilah kita jadikannya kenyataan. kan???? itu kalau kita tengok dari sudut positif..

Kita usaha lah.. kalau tak dapat.. 'nevermind'.. takde sapa nak pukul kau pun.. boleh 'carry forward' ke 2014,15,16 hingga 2020..itu pun kalau kau tak ada rasa malu dengan diri sendiri :P

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor