~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Cuti-cuti Malaysia

Posted by Dea at Friday, December 14, 2012
Akhirnya masa yang kami sekeluarga tunggu telah tiba..mulai esok kami akan menjelajah negeri-negeri di pantai timur selama seminggu. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan pada kami sekeluarga untuk merancang percutian ini dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Percutian ini penting agar ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. 

Semoga semasa percutian ini ,abah,mama dan anak-anak dapat memahami di antara satu sama lain setelah masing-masing sibuk dengan pekerjaan masing-masing.Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Saya sememangnya menantikan saat ini dan semoga ada jalan keluar yang dapat melepaskan diri saya dari hal yang membelenggu sejak sekian lama..

Percutian kali ini juga disertai ahli baru dalam keluarga kami iaitu kakak ipar saya. Secara tidak langsung kami akan saling lebih mengenal dan mengeratkan silaturrahim..Turut serta dalam percutian kami ialah keluarga sahabat baik mama. Kemeriahan percutian kali ini seakan tergambar di mata..semoga kebahagiaan  ini akan berkekalan sehingga akhirnya..

Buat sahabat-sahabat FB yang sentiasa menghiburkan diri saya dan sering menitipkan nasihat-nasihat berguna buat saya..terima kasih atas segalanya..Saya amat menghargai dan ia membantu diri saya membina semula kekuatan untuk membuat satu keputusan yang betul. Terima kasih buat kak laila, kak miss dan saudara ahmad azizuddin yang sentiasa memahami.. Saya juga sentiasa mendoakan kebahagiaan anda semua. Buat adik yang kuat nangis eyda..terima kasih kerana buat kak dea selalu tersenyum melihat status-status anda yg mencuit hati..hadapilah kehidupan ini dengan pandangan yang positif..hidup tanpa masalah pastinya membosankan..Yakinlah sesungguhnya kita tidak bersendiri ketika ditimpa sesuatu musibah..Allah sentiasa ada bersama-sama kita.


Jumpa lagi jika kita diberi kesempatan dan keizinanNya..InsyaAllah..






2 comments:

De' Wanie on 16 December 2012 at 16:56 said...

njoy ur vacation dear =)

Dea on 19 December 2012 at 21:24 said...

tQ sis wanie :)
Alhamdulillah dah selamat kembali..

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor