~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Bola Oh Bola..

Posted by Dea at Sunday, December 09, 2012
Sana sini orang bercerita pasal bola sepak..Harimau Malaya akan bertemu Gajah Putih dari Thailand malam ini..di peringat separuh akhir Piala AFF 2012.. Saya bukanlah pencinta atau peminat tegar bola sepak..tetapi saya cukup bersemangat bila pasukan bola sepak sekolah saya berjaya ke final atau menang..semuanya kerana nama sekolah tempat saya bertugas.

Namun kini saya semakin sedar bahawa apabila kita dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang meminati sukan ini secara tidak langsung kita juga turut bersemangat mengikutinya..mungkin saya tidak mahu ketinggalan maklumat terkini..Selain itu, impian pasukan negeri kelahiran saya Johor untuk bangkit menjadi pasukan yang disegani juga menjadi satu pendorong untuk saya mendekatkan diri menjadi peminat setia..setiakah? :P

Gelombang semangat Harimau Malaya sudah bermula..jom kita bersatu hati dengan semangat kesukanan tanpa mengira keputusannya..Menang kalah adat pertandingan..bola itu bulat..Mudah-mudahan dengan semangat yang kita miliki mampu membawa pasukan negara ke tahap yang disegani..mungkin bukan lagi di tahap dunia..tapi sekurang-kurangnya di peringkat di Asia..InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor