~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Rindu Cikgu

Posted by Dea at Sunday, December 09, 2012
Panggilan dan mesej daripada ibu murid saya ketika saya berada di kampung halaman mengusik jiwa 'cikgu' saya. Katanya :

Anak saya rindukan cikgu. Harap cikgu sihat-sihat selalu..

Saya mengajar anaknya dalam Tahun 3. Petah berbicara, tapi cepat terlupa. Jika diberi latihan, memang betul sahaja jawapannya. Bila diuji dengan peperiksaan dari saya atau guru-guru lain dia tidak dapat melakukannya..Itulah antara kerenah dan ragam anak-anak murid saya..

p/s: Cikgu pun sebenarnya rindu dengan murid-murid cikgu di sana. Moga kalian terus belajar..

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor