~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Cinta itu Anugerah dan Tanggungjawab.

Posted by Dea at Wednesday, December 19, 2012
Cinta itu adalah tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap perasaan, hati, fikiran dan perbuatan. Tanpa tanggungjawab, cinta itu tidak sempurna. Seperti bunga tanpa tangkainya, bulan tanpa bintangnya, lagu tanpa iramanya, adam tanpa hawanya atau saya tanpa awak.

Cinta adalah anugerah yang indah daripada Allah SWT. Allah menguji hambaNya kerana sayang kepada hamba-Nya. Allah mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya. Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dimurkai-Nya.

Seseorang yang mencintaimu akan rela mengalah demi ketenanganmu, kerana dia meletakkan kebahagiaanmu di atas kebahagiaannya. Cinta itu belajar memahami walaupun tak SEHATI, belajar bersabar walaupun tak KUAT dan belajar ikhlas walaupun tak RELA.

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati... Bukan hipokrit... Bukan cinta palsu... Bukan ada kepentingan... Ini adalah cinta tanpa syarat... Aku begitu menyintaimu...

p/s: Menyayangi seseorang adalah suatu anugerah... Jangan kita sia-siakan :)

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor