~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Ada Ketikanya..

Posted by Dea at Monday, June 25, 2012 0 comments
♥ Ada ketikanya.. ♥•
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
♥ Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
♥ Namun kita tetap menyayangi dia... Kerana APA? Kerana kita terima dia seadanya...

Jika Esok Hari Terakhirku

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments
Jika esok hari terakhirku,
sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti
Jika esok hari terakhirku,
maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku
Jika esok hari terakhirku,
mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku
Jika esok hari terakhirku,
ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu
Jika esok hari terakhirku,
tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku
Jika esok hari terakhirku,
nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu
Jika esok hari terakhirku,
mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi
Jika esok hari terakhirku,
akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku
Jika esok hari terakhirku,
tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu
Tetapi, hanyalah
Jika esok hari terakhirku.

Langit Cinta

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments
Hidup itu ibarat ombak yang terus menerus menerjang karang

Karang yang tegar adalah karang yang mampu melihat indahnya matahari terbit dan tenggelam


Jangan pernah harap lautan tenang itu akan datang

Seolah, menafikan karang yang rapuh


Seharusnya menerima kenyataan, tak mampu melihat matahari terbenam


Hanya melihat sebuah cahaya matahari yang perlahan terbit dan datang


Itu sudah sebuah anugerah yang terindah, kau harus mampu mensyukurinya


Hidup itu ibarat buih putih di pinggiran pantai


Yang membuat lengkap, adalah ketika kau menyentuhnya

Dan ombak bersahabat menyapamu dengan lirih


Perlahan buih itu datang, dan menghilang


Namun, yang terpenting


Seberapa lama buih itu datang dan melengkapimu


Tak perlu emosi, kau harus sabar


Sesabar pohon kelapa, yang setiap harinya tersengat cakrawala


Yang suatu saat berbuah, mereka menyediakan untuk dahagamu


Yang suatu saat berdaun lebar, mereka membuatmu duduk lega menikmati pantai


Hidup itu ibarat jejak langkah yang kau buat di pinggir pantai


Terkadang membuat pasir putih terinjak sakit


Terkadang ombak akan membuat hilang jejakmu


Terkadang pula jejak itu memiliki awal dan kemana tujuanmu untuk melangkah


Terkadang dalam foto sebuah pantai, mengertikan sebuah perjalanan panjang


Awal dan akhir


Hidup itu ibarat kamu menikmati Cakrawala terbenam


Yang di setiap pantai panorama yang dipancarkan berbeda satu dengan lainnya


Jika, ada satu pantai yang membuatmu bercahaya


Selamanya kamu tak akan pernah melupakan slide itu di kepalamu


Tapi ingatlah, ada maksud dibalik sebuah panorama matahari terbenam


Dia akan datang pada saat ruang dan waktu yang tepat


Tetaplah membuka mata di setiap pantai


Rasakan setiap badai pantai yang ada yang membuatmu tak nyaman


Rasakan penyesalan saat kamu menemukan panorama yang buruk


Namun, berbicaralah pada Tuhan, dan yakinlah


Kamu menemukan cahayamu, saat kamu telah merasakan semua panorama yang buruk


Kamu menemukan cahayamu, untuk kamu tak melakukan kesalahan yang sama


Sayangilah cahayamu, jangan membuat menyesal


Kelak suatu saat, kamu menemukan Hidup yang indah

✿..Saya Sayang Awak..✿

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments

bila ada orang kata,
"saya SAYANG awak..”.

saya cuma nak tanya,"BETUL ke awak SAYANG saya?”

saya cuma nak minta..
“kalau betul awak sayang saya, jangan biar saya terus bergelumang dengan DOSA..”

“kalau betul awak sayang saya, jangan biar saya TERSALAH ARAH”

“kalau betul awak sayang saya, TUNJUKKAN saya ke arah KEBAIKAN..”

“kalau betul awak sayang saya, tolonglah saya..agar kasih sayang antara kita,
BUKAN hanya di dunia, tapi hingga ke syurga..“

kalau TIDAK, maka janganlah pernah ungkapkan ”SAYA SAYANG AWAK..”

>>> Sebab saya TAKUT, kata sayang itu..hanya gula-gula dibibir awak..yang SIA-SIA, tidak memberi sebarang makna..menyebabkan ia menjadi ayat BIASA yang tiada HARGA lagi..

kerana 'sayang' tidak akan membiarkan yang disayangi MENZALIMI DIRI..✿

Kemaafan..

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments
~✿>> KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukan hati kita..tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat MENGUBAT HATI yang telah terluka..KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang nurani, umpama PISAU BEDAH yang boleh membuang segala PARUT LUKA emosi..

p/s : BAHAGIA yang menerpa tidak kekal selamanya..begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita..jangan sesekali kita LUPA, Allah sentiasa ada untuk kita..BE STRONG..♥♥

"SAKIT yang ku rasa biar jadi PENAWAR kepada dosa-dosaku.."

Semudah Itukah?

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments
► Betulkah dari mata turun ke hati?
► SEMUDAH itukah kamu jatuh hati?
► Bukan apa, cuma saya TIDAK FAHAM bagaimana itu boleh terjadi..
► Sekali lihat, terus suka…
► BIMBANG, setiap yang singgah di mata akan menyentuh HATI kamu juga..

°˚(¯`*•.¸✿..Tidak bertemu MATA, tidak bertemu SUARA..tidak mengunkap JANJI, tidak bermadah CINTA..cukuplah kata mengingati ALLAH, cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA dan IMAN..HATI kita ALLAH yang punya, hati kita ALLAH yang jaga..BERDOALAH, kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama, pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya..°˚(¯`*•.¸✿
 

Happy Days

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments

Fikirkan Sejenak

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments

~✿..Wahai sahabat..sebelum kakimu MELANGKAH keluar rumah, berhenti sekejap..pandanglah di CERMIN ke seluruh tubuhmu yang memikat..andainya rambutmu TIDAK DITUTUP cantik berikat..tudungmu terlalu SINGKAT, bajumu JARANG dan ketat..seluarmu begitu sendat..betis dan lenganmu dapat DILIHAT…

FIKIRKAN sejenak..
“Bagaimana jika aku DILANGGAR nanti..terdampar di tepi jalan yang tidak pernah sunyi..DISAKSIKAN mata-mata yang memerhati..Malaikat Izrail menjalankan tugas yang diberi, memisahkan roh daripada jasadku sendiri dan aku…MATI? belum sempatku BERTAUBAT pada Ilahi, pastinya dosaku tidak diampuni..merana dan TERSIKSALAH diri ini, di dalam neraka yang kekal abadi..kerana INGKARKU pada Allah Ya Rabbi..mampukah aku menahan diri..dipukul, disiksa tanpa henti, kerana salahku sendiri? KEJAMNYA aku ini kerana MENZALIMI diri sendiri..” ✿~

>>> PESANAN buat diriku dan dirimu, duhai muslimah..(✿◠‿◠)

What Ever

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments

Dia Sahabat Sejati

Posted by Dea at Friday, June 22, 2012 0 comments
♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆

Jika engkau menjumpai orang, yang ia sudah tahu dirimu, kenal dirimu, faham aibmu, dan engkau pernah tiga kali membuatnya kecewa atau marah, tapi ia tidak pernah menyebut dirimu di depan orang lain selain kebaikanmu, maka jadikanlah ia sahabat sejati..

~ Imam Ja’far As Shadiq.~

Luahan hati mereka yang berjaya~

Posted by Dea at Monday, June 18, 2012 0 comments
semakin menjadi2 orang awam mengutuk, mencerca, menghina, merendah2 guru secara terbuka. lupakah mereka ketika bersekolah tadika, bukan main tekun dan sabar guru mengajar mereka kenal huruf dan dan menulis. Lupakah mereka di sekolah rendah, guru sabar mengajar mereka mengira, mereka mengadu macam2 kpd guru mengenai masalah mereka. di sekolah menengah, mereka tk jemu2 kejar guru utk dptkan tips2 te
rkini dan terakhir utk peperiksaan, dn guru tk jemu2 layan dn berikan apa yg mrk mahu...guru tk pernah berhenti mendidik walaubagaimana biadap mereka kepada guru.....dan kini bila dah pandai, dah kerja...mereka hina pula golongan yg bantu mrk berada di mana mereka sekarang ini...sangat sedih lagi sayu saya saat ini mengenangkannya... kerana hingga kini saya masih ngingati dan menyanjung semua guru saya...tanpa mereka....siapalah saya....

~luahan hati seorang yang tahu mengenang jasa seorang GURU~Noraini Amran 

Fahami keperitan mereka

Posted by Dea at Monday, June 11, 2012 0 comments
Luahan hati ayahanda cikgu siti azliza ada di ruang komentar blog ini. Di harap kpd yg suka mmberi komen negatif dan mempersendakan apa yg berlaku, cuba memahami perasaan keluarga ini.. Semoga kita sama-sama mendoakan kebahagiaan buat mereka sekeluarga..
http://taipingmali.blogspot.com/2012/03/cikgu-siti-azliza-johan-hilang.html
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor