~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Ulang Tahun Kelahiran

Posted by Dea at Monday, December 24, 2012
Sambutan hari lahir saya setiap tahun mmg sangat simple. Jika tahun lepas mama dan abah turun ke Taiping untuk meraikan bersama saya, tahun ini kami hanya mengadakan majlis doa selamat sebelum menikmati juadah tengah hari. Kebetulan cuti sempena krismas dan tahun baru, semua ahli keluarga dapat berkumpul. Mama menyediakan sendiri kek hari jadi saya. Kek pulut kuning yang amat istimewa.. Mama mmg chef terbaik utk kami sekeluarga. Terima kasih mama dan abah kerana membesar dan mendidik saya menjadi manusia yang sentiasa bersyukur..

Jujurnya sejak memulakan kerjaya sbg guru 2 tahun yg lalu, saya tidak lagi menerima ucapan happy birthday dari kawan-kawan. Kalau adapun hanya dari ahli keluarga dan juga sahabat baik saya. Bertugas sebagai pendidik di kalangan senior2 dan veteran , hari jadi bukanlah sesuatu yg dianggap istimewa utk diraikan bersama. Kami cuma ada satu hari perayaan istimewa iaitu hari guru..hari yg menjadi kebanggaan kami warga pendidik.

Hari ini 25 Disember 2012..saya menyambut ulang tahun kelahiran saya dlm suasana yg berbeza. Selain menerima ucapan selamat dari org2 terdekat di sekeliling saya, saya juga menerima ucapan dari sahabat-sahabat maya saya yg sebahagian besarnya hanya di facebook sahaja. Terima kasih atas ucapan sahabat-sahabat dan juga utk semua perkara baik yg kita sering kongsi bersama di sana.

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini . Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dgn kaedah dan cara yang betul.

Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara sedemikian dan hubungan ukhuwah ini akan terus berkekalan di landasan yang betul dan di redhai Allah SWT..InsyaAllah..Terima kasih sahabat :)

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor