~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2013

Posted by Dea at Friday, December 28, 2012
Hujung tahun sebegini kesibukan mula terasa..kelmarin mesyuarat kali pertama bermula..semalam pula pendaftaran tahun 1 dan penjualan buku. Sebagai warga baru di sekolah ini, pastinya saya juga turut membantu di mana perlu. Alhamdulillah saya diterima baik di sini dan senyuman yang dilemparkan setiap kali bertembung..meredakan kegundahan dan keresahan di hati saya sebelum ini :)

Alhamdulillah..di tempat baru juga saya diberi kepercayaan untuk menyambung tugas sebagai Guru perpustakaan dan Media..kebetulan yang tidak terduga apabila kedatangan saya ke sini adalah untuk mengambil alih tugas guru tersebut yang berpindah ke Sarawak. Saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek sains untuk murid Tahun 3 dan 4 serta subjek Matematik untuk Tahun 5 iaitu sebanyak 13 waktu seminggu. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan gembira sekali..Terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa memahami..

Pastinya kesibukan ini akan berterusan sehingga penggal persekolahan bermula pada hari Rabu 2/1/2013 ini. Di kesempatan ini saya mendoakan Tahun Baru 2013 ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan yang berlipat ganda kepada semua kawan-kawan, adik-adik dan semua pengunjung yang setia singgah di blog saya ni...Harapan saya juga agar tali silaturrahim yang sudah terjalin akan bertambah erat lagi dan kekal berpanjangan...Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan komen dan tidak lokek mencurahkan ilmu untuk dikongsi bersama. Hendaknya anda semua sentiasa diimpahi dan dalam lindungan Allah swt. selalu....Amiiinnn..


0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor