~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Hukum Zahirkan Tangan dan kaki Bagi Wanita

Posted by Dea at Thursday, December 13, 2012
Hukum Zahirkan Lengan Dan Kaki Sehingga Buku Lali Bagi Wanita

Tangan dan kaki adalah anggota yang penting untuk seseorang itu melakukan aktiviti dan pekerjaan seharian. Oleh itu, para ulama telah mengeluarkan pendapat yang selari dengan keringanan ini iaitu apabila perempuan melakukan aktiviti kerja, dia boleh mendedahkan lengan dan kakinya.

Ini seperti keadaan apabila tetamu atau sedara-mara da

tang ke rumah, maka ia akan menyukarkan kaum wanita untuk bergerak jika sentiasa memakai stokin. Mungkin dia akan selalu bergerak ke dapur, ke bilik air dan sebagainya, yang kadangkala tempat-tempat itu berair.

Demikian juga bagi perempuan yang bekerja di luar rumah, iaitu yang bekerja di kantin, kerja mencuci, dan sebagainya. Dia boleh menzahirkan kakinya untuk keperluan tersebut. Namun, apabila dia tidak melakukan aktiviti pekerjaan, ia wajib menutup kakinya dengan stokin.

Pendapat yang meringankan masalah ini ialah pendapat daripada ulama yang muktabar, seperti ulama Hanafiyah, Syeikh Taqiyyuddin, Imam al-Muzani iaitu orang kanan kepada Imam Syafie, Sufiyan at-Thauri. (Lihat: Al-Mabsuth, 1/153, Ibnu Abidin, 1/46, al-Mughni, 7/97, Mughni al-Muhtaj, 3/128

Fikrahhalaqah.com

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor