~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

sudah tertunaikah?

Posted by Dea at Saturday, November 26, 2011
Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya, kita masih diberi peluang untukmenghirup udara dan menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH dan khalifah di bumi ini pada hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda, serta seluruh pejuang Islam walau di mana pun mereka berada.

Sepanjang tahun yang lalu, sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita ini? Mungkin juga ada yang berazam macam-macam, sudah tertunaikah azam yang kita tetapkan pada awal tahun lepas? Adakah kita telah menjadi hamba ALLAH yang lebih baik pada hujung tahun ini berbanding diawal tahun? Banyak perkara yang kita perlu check balik, termasuk niat kita dalam segala perbuatan yang kita lakukan. Mudah-mudahan semuanya adalah semata-mata kerana ALLAH dan menjadi amalan yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak, insya ALLAH...

Sahabat
Perjuangan ibadah kita
Hakikat insan dihidupkan
Dimatikan bila tugas selesai
Itulah janji Tuhan

Sahabat
Apalagi yang tak pasti
Kebatilan akan pastinya runtuh
Islamkan tertegak atas kebenaran
Teguhkan keyakinan

Sahabat
Apalagi yang kau ragukan
Adalah sunnah Rasulullah
Yang sedikit akan pasti menang
Tegakkan keyakinan... (✿◠‿◠)

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor