~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
EKOR anjing atau nama saintifiknya,
Plantago major L. sejenis herba yang lembut dan berbatang pendek.
Tumbuhan ini berumpun dan boleh mencapai ketinggian 30 – 40 sentimeter
(cm). Daunnya bulat dan berurat selari. Tangkai daunnya pula panjang dan
menjulur keluar dari pangkal pokok.

Bunga pokok ekor anjing
halus, kecil dan tersusun pada tangkai yang panjang. Setiap tangkai
bunga juga tumbuh keluar dari pangkal pokok. Herba ini dipercayai
berasal dari rantau bersuhu sederhana di Eropah dan Asia dan sekarang
penyebarannya hampir ke seluruh dunia dan kawasan bertanah tinggi.
Nama tempatan pokok
ekor anjing halus mungkin berasal daripada bentuk tangkai bunganya yang
agak panjang dan seakan-akan ekor anjing. Nama tempatannya yang lain
ialah ekor angin, daun senduk atau daun sejumbuk. Di Indonesia, tumbuhan
ini dikenali sebagai daun senduk, otot-ototan, daun urat, ekor angin
atau sembung otot. Di Filipina, nama tempatannya “lanting”.
0 comments:
Post a Comment