~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Resah Hati

Posted by Dea at Tuesday, December 10, 2013
Ya Allah.. Alhamdulillah..hati ini bergegar indah..manisnya terasa tidak di lidah namun cukup membuat hatiku gundah tak terarah..ini bukan kali pertama..perasaan ini pernah kurasai entah bila namun indahnya..walau berkali-kali hadirnya..sukar untukku mengawal rasa..sukar diungkap dengan kata-kata..

Ya Allah.. Kutulis ayat-ayat ini..untuk meredakan resah di hati..untuk menenangkan gelojak diri.. sungguh kini aku rasa dicintai seorang lelaki yang aku masih belum pasti.. akankah dia menjadi seorang suami..lama tidak bertemu, lama juga tidak berbicara sejak hari dia datang bertamu menemui ayah bonda..

Ingin rasanya menghantar emel mengubat rindu.. ingin rasanya mengirim sms cinta.. namun syukur Alhamdulillah diri ini masih mampu mengawal laku.. masih mampu mengawal tingkah.. cuma tidak mampu mengawal rasa yang bagai menghentak-hentak jiwa..

Hanya doa memohon rahmatMU hanya kepadaMU ku mengadu. Sungguh banyak tak terhitung nikmatMU sedang dosaku..Ya Allah ampunilah aku..kususun tadbir hari ini dengan meyakini takdir esok hari..yang pasti lebih hakiki..Inn Sha Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor