~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

~Kenangan Musim Banjir

Posted by Dea at Saturday, December 07, 2013
 ~Sudah  tiga minggu cuti sekolah berlalu..baru berkesempatan melawat abg long sy di Pulau Pinang. Itu pun kebetulan kerana mereka menerima kehadiran orang baru..dan secara x langsung saya bergelar seorang makcik dengan rasminya. Sy, mama, abah dan adik bercadang menikmati cuti hujung tahun ini ala cuti-cuti Malaysia..kononnya. Kiranya nak keliling satu Semenanjung..Tup..tup musim hujan dan banjir berlaku di sana-sini...APTB :)


Sebut tentang banjir ni, sy ada kenangan musim banjir di kampung aruah nenek.. ( Al Fatihah..semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisiNya ) Kampung nenek memang sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh..Semasa sy masih kanak-kanak , sy adik-beradik sering mengharapkan setiap kali balik kampung nenek berlaku banjir..Bagi kami yang tidak pernah mengalami banjir, ianya umpama menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH SWT. Kenangan musim banjir ini adalah sesuatu yang unik bagi sy. Bermandi manda di halaman rumah..berakit dalam besen besar nenek..sehinggakan periuk belanga nenek menjadi mangsa kami untuk dijadikan sampan..Satu nostalgia manis  kami di musim banjir..

Bercuti ke tanah tinggi juga ada risikonya di musim hujan. Kawasan-kawasan tanah tinggi dan berbukit terutamanya di tempat-tempat yang telah dibangunkan mempunyai risiko hakisan terutamanya ketika hujan. Kebanyakan tempat mudah berlaku hakisan apabila pokok-pokok ditebang untuk dibina bangunan, maka air hujan akan masuk terus ke dalam tanah dan keadaan tanah pepejal bertukar menjadi cecair dan bergerak menyebabkan gelongsoran tanah. Risau berlaku tanah runtuh bila-bila masa..ea eh~! da mcm nak mengajar subjek sains pulak~! :D

Nampaknya terpaksalah tangguh dulu perancangan bercuti buat sementara waktu..Sekarang ni sy habiskan masa cuti dengan belajar memasak dengan mama..nak melengkapkan ilmu rumahtangga ekeke..dan makan...dan makan...~!

 "Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada Allah SWT. Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat. Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit...".

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor