~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Diakah Itu?

Posted by Dea at Tuesday, December 10, 2013
Saat jatuh hati bermula seakan terdetik adakah lelaki itu bakal suami  yang mungkin ditakdirkan Ilahi buat diri ini. Lalu, tadbir hari ini disusun penuh rapi walau belum pasti takdir esok hari.. :)

Tersenyum sendiri..malu sendiri.. rindu di hati diselangi...  resah menanti.. Diakah itu?  Diakah itu?
yang bakal dicintai sepenuh hati setelah Allah dan Rasul Ilahi? Diakah itu? Diakah itu? Suami  yang padanya dicurahkan bakti seikhlas hati Diakah itu? Diakah itu? Suami yang bersamanya menempuh onak dan duri melayari bahtera alam rumahtangga alam baru penuh liku dalam usaha menuju redha Ilahi.

Diakah itu? Diakah itu? Indahnya hidup ini dalam ketidakpastian penuh kejutan penuh ujian Hanya Tuhan menjadi harapan serta sandaran segala urusan. Diakah itu? Diakah itu? Satu persoalan insani hari ini yang menjadi misteri esok hari..Alhamdulillah~

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor