~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Lumrah Kehidupan : Sahabat Datang dan Pergi..

Posted by Dea at Sunday, December 22, 2013
Apabila menyorot kembali rentetan hidup yang telah berlalu pergi, akan terbit rasa sayu di hati. Sekilas rasa gembira yang banyak sekali. Pelbagai rasa yang bercampur aduk menjadi satu. Sedih, kecewa, suka, duka, terharu, terkilan, rawan dan segalanya. Unik sungguh punya rasa-rasa ini semua. Semuanya berkumpul dalam membentuk rasa. Menyedarkan yang kita hanyalah manusia biasa yang kerdil dari pandanganNYA.

Berapa ramai manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita? Mesti ramai bukan? Dalam ramai-ramai akan muncul seorang dua yang masih setia menemani hari-hari yang layak digelar sebagai sahabat sejati. Sahabat sejati itu akan ada walaupun tidak sentiasa hadir di mata. Mereka pasti ada di saat kita perlukan mereka. Jika tiada pun tidak mengapa...terima sahaja.

Kadang-kadang ada yang bersedih..Tak perlu bersedih. Terimalah aturan Allah ini dengan tenang sekali.Setiap orang punya kehidupan yang telah direncanakan Allah untuknya.Tidak perlu bersedih andai mereka hilang ataupun lari dari hidup anda. Belajarlah terima hakikat yang di mana inilah kehidupan. Belajar jangan mengongkong kehidupan orang lain. Manusia punya hak dan keputusan untuk lakukan apa sahaja yang terbaik dalam hidupnya. Begitu juga kita bukan? Makanya itulah keadilan yang Allah sudah berikan pada kita.

Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita. Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain. Apa yang perlu kita sematkan di hati dan fikiran ialah, berbaik dan berbaktilah dengan semua orang. Berbaik dan berbaktilah kepada semua orang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ada hikmah di setiap pemergiaan manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup kita. InsyaAllah satu hari kita akan temui hikmahnya.

Ingat, andai semuanya pergi dalam hidup kita, sekurang-kurangnya kita masih punya keluarga yang tetap menyayangi dan kita akan temui jodoh untuk terus layari bahtera perkahwinan sehingga akhir hayat. Andai sudah mendirikan rumah tangga, jagalah ikatan itu sehingga hari muka. Moga kita semua terus berbahagia. Senyum dan terima segalanya :)

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor