Manusia tidak akan berjaya tanpa kesabaran. Dalam
setiap ketika, manusia berada dalam situasi di mana dia harus mentaati
Allah atau dia harus menjauhi larangan Allah. Samada dia perlu menerima
perintah dan peraturan Allah atau bersyukur pada Allah. Kesemua ini
menuntut kesabaran.
Jadi,
sehingga mati tiada siapa dapat lari dari bersabar. Apa-apa yang
berlaku pada kita di dunia ini samada sejajar dengan kemahuan kita atau
tidak, sabar masih diperlukan.
Ujian dan kesusahan terbahagi kepada 2 kategori utama:
1. Kesusahan di luar batas kawalan seseorang
2. Kesusahan disebabkan oleh orang lain.
Dalam mendepani kesusahan di luar batas kawalan, selalunya manusia memberi reaksi berikut:
1. Merasa putus asa dan tidak berpuas hati, merungut dan merasa panik
2. Bersabar samada kerana Allah atau kerana sifatnya yang memang kuat dan cekal
3. Menerima dengan redha
4. Menerima keadaan dengan penuh rasa syukur.
Dalam berdepan kesusahan yang disebabkan oleh orang lain, manusia memberi respon berikut:
1. Memilih untuk memaafkan dan melupakan atau tidak
2. Memutuskan untuk tidak membalas dendam atau membalas
3.Terus melayan baik orang yang memberi layanan buruk kepada beliau.
0 comments:
Post a Comment