~Kerana nila setitik..rosak susu sebelanga. Memang kecewa..sedih..apatah lagi murid-muridku yang selama ni telah berusaha sebaik mungkin utk lulus dengan cemerlang paper Sains ini. Dugaan dan ujian buat diriku yang pertama kali memegang kelas peperiksaan UPSR utk subjek Sains tahun ini. Aku x boleh lemah..hilang semangat..moody..Mereka perlukan semangat aku utk terus berusaha buat yang terbaik walaupun terpaksa mengulang semula pada 30 Sept. ini.
Bertabahlah wahai hati dengan ujian ini..semoga ada hikmah di sebaliknya. Kita dah berusaha buat yang terbaik..semoga kamu semua berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat..Inn Sha Allah. Aamiin~.
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2014
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua pelajar Tahun 6. Kami mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk kalian.aamiin...
Categories
kerjaya
Kegagalan Bukan Bererti Gagal
~Berakhir sudah Pertandingan Pantun yang kami sertai. Bukan dipinta..tapi sejak dari awal lagi hatiku berkata-kata..mungkin rezeki kami pada tahun ini tidak sebaik tahun lalu. Firasatku menjadi kenyataan apabila kami tewas di peringkat suku akhir atas kesilapan sendiri.Disebabkan ahli pasukan pada tahun ini semuanya murid baharu, maka banyak terdapat kelemahan yang perlu kami tangani dalam menghadapi musim akan datang.
Walaupun mereka kecewa namu saya sering mengingatkan kegagalan bukan bererti anda gagal tetapi anda belum berjaya. Kegagalan bukan bererti anda tidak mencapai apa-apa tetapi anda sudah mempelajari sesuatu. Semua belum berakhir dan kita masih memiliki peluang untuk memulakan kembali dan berusaha mencari sesuatu yang baru.
Kegagalan bukan bererti Allah telah meninggalkan anda.Tetapi Dia mempunyai perancangan yang lebih baik. Jadi benar, bahawa kegagalan tidak akan pernah berakhir!

Doa Kami Bersamamu
~Semalam ketika saya menggantikan kelas guru yang tidak hadir, sempat juga saya 'print' gambar di atas. Seronok bukan main mereka dan sambil mewarna bermacam-macam spekulasi ala-ala "Nobita dan Doremon" timbul. Saya cuma tersenyum. Lucu tapi menghiburkan..
Saya berjanji akan menampal lukisan mereka di papan kenyataan di kantin dan saya dah kotakan hari ini..Bangga sungguh mereka~!
~Doa untuk MH370
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kalau di laut timbulkanlah....
Kalau di udara turunkanlah...
Kalau di darat tunjukkanlah....
Kalau di alam maya keluarkanlah...
Aamiin Ya Rabal Alamin.

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2013
Selamat menghadapi peperiksaan UPSR yang
berlangsung pada 10 hingga 12 September 2013, kepada semua murid tahun 6 . Semoga anak didik kita tenang menjawab soalan peperiksaan
ini, dan kejayaanlah yang kita harapkan,
terutamanya kepada guru yang mengajar tahun 6, harapan mereka sangat lah
besar maknanya. Semoga mereka yang menghadapi peperiksaan ini tenang
ketika menjawab soalan yang diberikan. Sama-sama lah kita mendoakan
kejayaan mereka, agar semuanya lulus dan cemerlang dalam semua subjek.
Inn Sha Allah, jika murid-murid sudah berusaha, mengulangkaji pelajaran,
ingat semua apa yang telah di ajarkan cikgu, berdoa dan selebihnya
tawakal kepada Allah S.W.T., maka kejayaan pasti menemui kita.
Categories
kerjaya
Katak Oh Katak~!
Minggu yang sibuk..esok menjadi hakim dan guru pengiring utk pertandingan Tokoh Nilam peringkat PKG..Lusa selama 3 hari berturut2 akan mengikuti bengkel Frog-Vale. Apa tu?
Frog
adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi
sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE(Virtual
Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan
jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak
tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta
menyemak markah menerusi VLE.
Para
guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting
yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan
sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada
bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini,
pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di
rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu~!
Categories
kerjaya
Sistem Oh Sistem ~!
Cikgu kena key-in markah sebelum 10 Jun 2013.
Kami berkobar-kobar ingin mengisinya..tapi apakan daya..sistem dalam proses pembaikan...walaupun ada dinyatakan selepas 9 Jun 2013 sistem boleh dilayari seperti biasa..harapan tinggal harapan. Sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, sila angkat tangan. Kes seperti nilah yang menambah kebengangan dan menambah ketensenan guru. Kami dah tak ambil kisah dengan segala beban kerja yang semakin banyak. Kami dah dapat menyerap segala masalah disiplin murid-murid sekarang. Bak kata orang tua-tua, alah bisa tegal biasa.

Namun, yang amat
memeningkan kami, sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) yang wajib diguna pakai untuk menganalisis peperiksaan di sekolah. Tapi sistem ni ibarat indah khabar dari rupa jer. Saya dah cuba selesaikan tugasan mencetak slip peperiksaan
menggunakan aplikasi SAPS ni kat sekolah lagi, ni sambung waktu
malam di rumah, namun apa hasilnya? Maaf,.. sistem masih dalam
penyelenggaraan dan yang lebih dasyat, issshhh nak lepaskan geram dan tensen
ni..
Hikmahnya : bagi pembuat sistem , tengok2 lah segala infrastruktur yang ada, fikirlah bahawa sistem masih dalam
percubaan, so janganlah jadikan kami guru-guru ni sebagai bahan ujikaji,
tolonglah...apa kata buat je sistem seperti Facebook..pasti lancar dan mudah dilayari di mana saja :D
Categories
kerjaya
Berhentilah Merungut..
Peranan guru bukan setakat mengajar, kalau
kat sekolah, guru ni banyak peranan dia... kita la guru yang mengajar
dan mendidik, kita juga polis yang mengawal disiplin, kita juga doktor
dan misi rawat pelajar sakit, kita juga tok bomoh kalau pelajar kena
rasuk dan psiko... kita juga ambulan ok kalau ada pelajar sakit
kecemasan... pendek kata kita boleh apa saja kalau kita jadi cikgu
haha... best kan?
Saya
memang suka jadi cikgu, dari kecik lagi cita-cita nak jadi
cikgu...alhamdulillah tercapai juga.... terima kasih Ya Allah. (Jadikan
aku hambaMu yang sentiasa bersyukur kepadaMu, dan bukan hambaMu yang
kufur nikmatMu)
Kerja lebih masa?
Sebenarnya
kerja apa pun letih betul tak? Masa kita jadi pelajar dulu, kita sibuk
nak cepat besar kan? sebab nak kerja dan ada duit sendiri, tapi bila dah
dapat semua tu kita lupa dan asyik nak merungut lebih2 jer, fitrah
manusia memang suka meluahkan, tak salah pun, mungkin dengan cara
meluahkan boleh buat hati tenang skit dan boleh teruskan kerja kan....
Kepada
para guru, saya sangat hargai perjuangan kalian... bila saya dah rasa
sendiri jadi guru ni, betul, memang puas bila dapat didik anak-anak
murid, tapi kalau yang degil tu, eeee... rasa nak piat jer telinga
tu... apasal la degil sangat, tapi jangan over ok, sebab parent sekarang
suka SAMAN, opsssss... no komen!
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah
berterima kasih kepada Allah SWT sesiapa yang
tidak berterima kasih kepada manusia."
(Hadis riwayat Bukhari).
Belajar mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bantu kita tak kira muda atau tua ok!
Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam
menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya
akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan,
meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT
yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang
kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah
kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai
balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar
pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW
juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia
seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya
kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat,
anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim).
Categories
kerjaya
Amanah Yang Berbayar..
Sekolah dah mula balik.
Kembali kepada 'Bussiness' hakiki....mengajar + tugasan yang tak pernah habis, bahkan makin bertambah....Cuti dua minggu je....tak terasa2..pejam celik..pejam celik dah habis..
Apa2 pun...amanah yang berbayar yang diberikan kepada kita, lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan.
Kalau tidak mendapat balasan di dunia.....Inn Shaa Allah balasan di akhirat menanti kita.
Lupakan soal APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) kerana itu bukan matlamat kita, walau pun kekadang nampak pincang dari segi siapa yang layak menerimanya. Biarlah yang memberinya jawab di Akhirat kalau tidak berlaku adil.
Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai sahabat cikgu semua.

Mereka Tetap Manusia
KBSR..PPSMI..KSSR..SPPBS..SAPS..e-itu..e-ini..Ya Allah..Mungkin ada yang mengatakan mereka
adalah guru, jadi kenalah berkorban. Ya…benar sama sekali. Tetapi kita
jangan lupa mereka tetap manusia yang ada limitasi daripada segi tenaga
dan emosinya.
Jangan kerap sangat
“bertukar dasar dan jadikan guru-guru ini bahan eksperimen". Setiap kali
tukar menteri, pening nanti guru-guru. Kadang-kadang benda yang mudah jadi semakin sukar. Jadi, buat kajian dengan sebaiknya.
Akhirnya, seperti yang kami katakan tadi di sebalik implementasi ini, yang penting, prestasi & kualiti guru-guru ni boleh
ditingkatkan bukan menjadikan mereka tertekan dan hilang tumpuan dalam
tugas mereka. Adalah sesuatu yang malang apabila guru tergolong antara yang ramai berjumpa dengan pakar sakit jiwa akibat bebanan kerja yang melampau ~!
Kadang-kadang saya terfikir alangkah baiknya jika tidak ada penemuan teknologi komputer dalam kehidupan~!
Categories
kerjaya
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru buat semua guru yang telah mendidikku ...juga buat abah, mama dan sahabat yang bergelar guru..
Semoga Allah memberkati Usaha Kalian dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi insan berguna~!
Semoga Allah memberkati Usaha Kalian dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi insan berguna~!
Categories
kerjaya
Amanah Ini..
Cuti seminggu tak terasa dan tak dapat dinikmati sepenuhnya..Semuanya gara-gara aku dan beberapa orang rakan sekerja terpaksa bertungkus-lumus melatih pelajar-pelajar yang akan menghadapi pelbagai jenis pertandingan apabila persekolahan bermula minggu depan. Pertandingan Pantun, Majlis Tilawah, Doktor Muda dan Pertandingan Sahibba antara yang menunggu untuk dipertandingkan.
Sebagai orang baru di tempat baru..aku menerima cabaran yang diberi sebagai tanggungjawab yang perlu aku jalankan sebaik mungkin. Syukur ke hadrat Illahi kerana aku sentiasa menerima sokongan padu dari abah dan mama serta rakan-rakan. "Buatlah sehabis baik..jika rezeki masih belum berpihak kepada kita, kita akan merasai kepuasannya kerana telah mencuba yang terbaik". Pesan abah sentiasa aku ingat dan jadikan pegangan dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Alhamdulillah, mungkin kerana aku dilahirkan dalam keluarga guru, jiwa pendidik amat kental di hati dan akan aku jadikan kekuatan diri untuk mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu..Inn Sha Allah.
Abah dan mama adalah 'role model' aku. Melihat ketabahan dan kegigihan mama serta abah dalam melalui liku-liku perjalanan sebagai seorang guru selama hampir 30 tahun membuat aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka. Masih aku ingat ketika aku sibuk menghadapi peperiksaan PMR, mama dan abah juga sibuk mengulangkaji dan membuat 'assignment' demi meraih impian bergelar siswazah. Sesuatu yang gagal mereka perolehi ketika zaman muda dulu. Alhamdulillah, impian abah dan mama telah tercapai dan kejayaan mereka menjadi pendorong kami adik beradik untuk turut cemerlang dalam pelajaran.
#akak bangga mempunyai abah dan mama seperti kalian berdua. Terima kasih abah..terima kasih mama..

Tarikh Peperiksaan Awam 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH - (UPSR)
Ujian Bertulis
Ujian Bertulis
10 September 2013 - 12 September 2013 (Selasa - Khamis)
PENILAIAN MENENGAH RENDAH - (PMR)
Ujian Bertulis
2 Oktober 2013 - 3 Oktober 2013 (Rabu - Khamis)
7 Oktober 2013 - 9 Oktober 2012 (Isnin - Rabu)
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA - (SPM)
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA - (SPM)
Ujian Bertulis
6 November 2013 - 29 November 2013
6 November 2013 - 29 November 2013
2 Disember 2013 - 5 Disember 2013
Ujian Lisan : 8 Julai 2013 - 19 Julai 2013
Ujian Bertulis : 21 Oktober 2013 - 23 Oktober 2013
Ujian Bertulis : 21 Oktober 2013 - 23 Oktober 2013
28 Oktober 2013 - 29 Oktober 2013
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) - (SPMU)
Ujian Bertulis
11 Jun 2013 - 12 Jun 2013
PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)
29 April 2013 - 30 April 2013
2 Mei 2013 - 17 Mei 2013
PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)
7 OKTOBER 2013 - 25 OKTOBER 2013
PENTAKSIRAN PUSAT PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
21 OKTOBER 2013 - 23 OKTOBER 2013
Sumber : Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
Categories
kerjaya
Saya Suka Matematik
1. KIDZONE
Website ini amat berguna kepada kanak-kanak yang berusia dari 4 tahun hingga ke 6 tahun ke atas. Website ini menyediakan pelbagai jenis permainan dan kegunaan untuk mempelajari matematik. Tambahan pula, website ini menyediakan contoh worksheet untuk kanak -kanak supaya mereka dapat belajar dengan cara yang mudah. Oleh sebab itu, disarankan para ibubapa untuk menikmati kandungan dalam website ini.
Laman: http://www.kidzone.ws/math
2. COOKIE
Website Cookie.com pula mempunyai kelebihannya sendiri terutamanya dalam pengajaran matematik. Kanak -kanak juga boleh bermain permainan seperti puzzle dan juga mewarna. Setiap permainan disertai dengan umur kanak-kanak supaya mereka dapat mempelajari dengan secepat mungkin. Contohnya aktiviti 'Color By Letters' untuk kanak-kanak yang berumur 3-5 tahun sahaja.
Laman: http://www.cookie.com/

Wang Belanja..
Cikgu : Rizal kenapa kamu tak keluar rehat?
Rizal : Saya tak nak makan hari nih cikgu...
Cikgu : Kenapa? kamu tak bawa duit ke?
Rizal : Diam (Menggeleng kepala sambil tunduk ke bawah)
Cikgu : Takpe pegi ambil makanan dan beritahu makcik tu nanti cikgu bayar.
Rizal : Baik cikgu.. (riak wajah sedih).
Hati kecil guru mana yang sanggup melihat anak muridnya 'mengikat perut'... tapi kecewa jika ada ibu bapa yang sanggup tidak memberikan wang belanja kepada anak mereka ke sekolah kerana sejak akhir-akhir ini kerajaan memperuntukkan bantuan yang melimpah ruah.

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2013
Hujung tahun sebegini kesibukan mula terasa..kelmarin mesyuarat kali pertama bermula..semalam pula pendaftaran tahun 1 dan penjualan buku. Sebagai warga baru di sekolah ini, pastinya saya juga turut membantu di mana perlu. Alhamdulillah saya diterima baik di sini dan senyuman yang dilemparkan setiap kali bertembung..meredakan kegundahan dan keresahan di hati saya sebelum ini :)
Alhamdulillah..di tempat baru juga saya diberi kepercayaan untuk menyambung tugas sebagai Guru perpustakaan dan Media..kebetulan yang tidak terduga apabila kedatangan saya ke sini adalah untuk mengambil alih tugas guru tersebut yang berpindah ke Sarawak. Saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek sains untuk murid Tahun 3 dan 4 serta subjek Matematik untuk Tahun 5 iaitu sebanyak 13 waktu seminggu. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan gembira sekali..Terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa memahami..
Pastinya kesibukan ini akan berterusan sehingga penggal persekolahan bermula pada hari Rabu 2/1/2013 ini. Di kesempatan ini saya mendoakan Tahun Baru 2013 ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan yang berlipat ganda kepada semua kawan-kawan, adik-adik dan semua pengunjung yang setia singgah di blog saya ni...Harapan saya juga agar tali silaturrahim yang sudah terjalin akan bertambah erat lagi dan kekal berpanjangan...Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan komen dan tidak lokek mencurahkan ilmu untuk dikongsi bersama. Hendaknya anda semua sentiasa diimpahi dan dalam lindungan Allah swt. selalu....Amiiinnn..

Rindu Cikgu
Panggilan dan mesej daripada ibu murid saya ketika saya berada di kampung halaman mengusik jiwa 'cikgu' saya. Katanya :
Anak saya rindukan cikgu. Harap cikgu sihat-sihat selalu..
Saya mengajar anaknya dalam Tahun 3. Petah berbicara, tapi cepat terlupa. Jika diberi latihan, memang betul sahaja jawapannya. Bila diuji dengan peperiksaan dari saya atau guru-guru lain dia tidak dapat melakukannya..Itulah antara kerenah dan ragam anak-anak murid saya..
p/s: Cikgu pun sebenarnya rindu dengan murid-murid cikgu di sana. Moga kalian terus belajar..

Berita Terkini SPPBS
PENGUMUMAN TERKINI : Dimaklumkan bahawa tarikh
akhir kemasukan prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 ke dalam SPPBS
telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.. Terima Kasih..
Sumber : http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/index_r.cfm?SistemPengurusanPentaksiranBerasaskanSekolah=Rendah
Sumber : http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/index_r.cfm?SistemPengurusanPentaksiranBerasaskanSekolah=Rendah
Categories
kerjaya
Tahniah
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT
kerana masih di beri kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sesuatu di
laman ini pada hari ini.
Harapan saya semoga sahabat semua sentiasa sihat walafiat dan ceria-ceria selalu bersama keluarga tersayang. Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang diumumkan semalam.Kepada yang kurang berjaya ini bukan pengakhiran..jadikan ia langkah pertama untuk menuju kejayaan di masa depan.
Buat anak didik di Taiping..cikgu tumpang gembira atas kejayaan yang kita kecapi bersama tahun ini. Meskipun cikgu telah kembali ke kampung halaman di Johor..kenangan indah bersama kalian akan tetap tersemat di hati selamanya..Teruskan perjuangan :)
Categories
kerjaya
Subscribe to:
Posts (Atom)