~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Khas untuk sahabat

Posted by Dea at Thursday, September 18, 2014 0 comments




Assalamualaikum sahabat…..
Hanya terima kasih….
Yang mampu ku ucapkan buat sahabat….
Untuk nasihat sahabat…
Kata-kata perangsang….
Dan doa dari sahabat….
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan sahabat untukku….
Moga sahabat sentiasa dalam rahmat ALLAH…

Terima kasih YA ALLAH….
Atas setiap anugerahMU yang bernilai dan berharga buatku…..
ENGKAU hadirkan seorang sahabat buat diriku….
Seorang sahabat yang baik….
Setiap hari,tanpa jemu-jemu….
Memberi nasihat dan kata-kata perangsang buatku….

YA ALLAH,
PadaMU ku memohon…..
Agar ikatan ukhwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat….
Andai hadirnya ketentuan dariMU,ku pasrah YA ALLAH…..

Terima kasih YA ALLAH…..
Kerana ENGKAU gerakkan hati kami untuk menyimpul tali ikatan ukhwah ini…
Ikatan ukhwah kami ini keranaMU YA ALLAH….
Silaturrahim yang dibina keranaMU YA ALLAH…

Terima kasih YA ALLAH…..terima kasih sahabat.
Hanya terima kasih yang tidak terhingga mampu ku ucapkan buat sahabat.

Kawan Datang dan Pergi...

Posted by Dea at Thursday, May 29, 2014 0 comments
Namanya juga kehidupan..kita hidup tidak boleh sendirian..pasti berteman..berkawan.
Kawan datang dan pergi..bertukar ganti..hanya yang betul-betul sejati akan kekal dalam jiwa, hati dan sanubari..Berkawanlah keranaNya..demi mencari hidup mencapai redhaNya..kerana dengan itu..kita pasti tidak jemu jika sentiasa bertemu dan tidak resah jika berpisah..Bila diingat kembali mahu diulang saja kenangan lalu...


Teman Sejati

Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Posted by Dea at Friday, May 02, 2014 0 comments
"Sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kamu
merupakan sahabat yang baik,
manakala sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu pula
merupakan sahabat yang paling baik."

Sahabat

Posted by Dea at Wednesday, May 29, 2013 0 comments
  SAHABAT,
Segalanya akan berlalu,
Silih berganti meninggalkan mu,
Yang dicinta, yang dikasih, yang dirindu,
Malah sekalipun masih dalam genggaman mu,
Ia kan tetap berlalu, walau tanpa rela mu...

Namun, jangan bersedih sahabatku,
Masih tertinggal sesuatu untukmu,
Kenangan yang indah terukir antara kau dan aku,
Kerana hidup tak selalunya indah,
tetapi yang indah selalu hidup dalam kenangan....

 
"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam,
adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah dia bersungguh-sungguh"

-Saidina Umar Al Khattab- 

Buat Sahabatku..

Posted by Dea at Friday, December 21, 2012 0 comments
“Aku,bukanlah yang terbaik buat diriku,
Diriku bukanlah yg terbaik buat sahabatku,
Aku cuba menjadi sahabat,
Sahabat buat sahabatku,

Sahabat….
Maafkan aku andai melukakan hatimu,
Maafkan aku jika tidak mampu membuatkan mu tersenyum,
Aku tahu,kau memendam rasa,menyimpan perasaan,bergembira dihadapanku,
Tapi hatimu sahabat?

Aku jua bagai dihiris bila kau terguris,
Engkau merintih,aku jua merintih,
Engkau menangis,aku jua menangis,
Engkau ketawa,aku jua turut ketawa,

Pandanglah aku dari kaca mata hatimu,
Jangan engkau pandang aku dari kaca matamu,
Dirimu buat diriku,adalah sahabatku..”

Seindah apa ukhuwah kita?

Posted by Dea at Wednesday, November 07, 2012 0 comments
Memiliki akaun FB atau twitter seakan menjadi trend pada masa kini. Memang kita boleh dicop ketinggalan zaman kalau x tahu apa tu FB :) Majoriti anak2 didik saya juga memilikinya..

Sebahagian besar sahabat FB saya hanya dikenali di alam cyber. Bila saya fikirkan apakah saya sekarang berukhwah kerana Allah? Seindah apa ukhuwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.

Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.

Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Hayatilah persahabatan semoga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..ukhwah fillah Abadan abada.

Ukhwah terjalin persahabatan di eratkan..

Posted by Dea at Saturday, November 03, 2012 0 comments
Mengimbau kenangan buat teman-teman ketika di alam maya, semoga persahabatan yang terjalin kekal hendaknya.
Alam Maya tempat awal pertemuan,
Ukhwah terjalin persahabatan di eratkan..
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurrat,49 : 10)
Ukhuwah Islamiah adalah sesuatu yang sangat dituntut di dalam Islam bahkan ia adalah sesuatu yang mesti wujud dalam kehidupan seorang yang bergelar muslim. Tiada satu pun manusia di dunia ini mampu hidup keseorangan. Manusia saling memerlukan untuk mencapai kejayaan samada di dunia mahupun di akhirat.

Di zaman rasulullah SAW, bagaimana kalau kita melihat hubungan yang dibina oleh Baginda SAW dengan para sahabat, begitu akrab sekali. Bagaimana sahabat menyayangi rasulullah SAW sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi melindungi kekasih Allah yang teragung ini. Disebabkan ini lah keimanan mereka begitu kukuh dan sempurna lantaran itu Allah menjanjikan syurga bagi mereka.

Dalam kehidupan seharian kita, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, "sanggupkah aku mempertaruhkan nyawaku demi keimanan dan maruah sahabatku?" "adakah aku betul-betul mencintai sahabatku kerana Allah?"...andai tidak pernah, maka persoalkanlah diri sendiri. Biar kita pastikan kita mencintai sahabat kita kerana Allah, kerana ingin menjalinkan hubungan silaturrahim dan membina ukhuwah Islamiah.

Deen Islam adalah Deen yang diredhai Allah. Namun, bagaimana kita hendak mencapai keredhaan Allah daripada Deen ini? Ummah ini hanya boleh terbina bila mana umatnya bersatu hati dan menyayangi saudaranya seperti mana mereka menyayangi diri mereka. Bila terbinanya ummah yang kuat dan mantap ini, maka Deen Islam tidak lagi akan diperkotak-katikkan oleh orang-orang yahudi dan nasrani. Tidak lagi mudah untuk dihina oleh mereka yang kurang memahami kesyumulan Deen Islam ini. Tidak lagi terus berada di bawah puncak dunia, ketinggalan dengan arus perubahan dari segi sains dan teknologi. Islam pasti akan tertegak dimuka bumi Allah yang mulia ini dan umatnya akan menjadi KHALIFAH yang menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Sekian, Wassalam.
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor