Cinta. Semua orang mendambakan cinta. Jangan pesimis terhadap cinta.
Sesungguhnya bijak pandai bersetuju bumi ini pun berputar kerana
cinta...
Semua orang inginkan bahagia. Semua orang mengakui cinta
itu indah dan mengasyikkan. Dalam bebanyak kisah cinta di dunia, aku
sangat tertarik dengan cinta Zulaikha...
Zulaikha
ialah isteri pembesar Mesir, Al Aziz. Beliau seorang yang sangat
cantik dan memiliki sifat-sifat kemuliaan, tetapi, tidak mempunyai anak.
Suatu
hari, Al Aziz membawa khabar gembira iaitu terdapat seorang budak yang
dibelinya dari seorang saudagar yang menemukan budak itu dalam sebuah
perigi. Demi terpandang sahaja Zulaikha kepada anak itu, beliau terasa
sungguh gembira dan bahagia. Hidupnya gembira dan ceria dengan kehadiran
anak angkat mereka, Yusuf.
Yusuf membesar dengan wajah yang
tampan, bertubuh sasa dan berbudi pekerti. Bertambah-tambah rasa kasih
Zulaikha terhadap Yusuf bukan setakat kasih sebagai ibu angkat tapi,
telah bertukar kepada c i n t a . Suatu malam dikenakannya pakaian yang
indah dan menawan bertujuan memikat hati si Yusuf sementelah si suami
menjalankan suatu urusan rasmi lalu si isteri menuju ke bilik Yusuf.
Yusuf berkali-kali menolak pelawaan Zulaikha dengan mengingatkan tentang
dosa. "Sungguh cantik matamu" puji Zulaikha kepada lelaki yang
tertampan di dunia yang dicipta Allah itu. "Mataku akan pertama
terkeluar setelah badanku dimamah tanah" demikian jawab Yusuf. Maka
terjadilah adegan yang telah kita selalu baca dalam Al Quran. Yusuf
berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak.
Ketika itu si suami pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi. Memang
Zulaikha didapati bersalah tetapi Al Aziz meminta perkara itu
dirahsiakan.
Tetapi, peristiwa itu tersebar luas di bumi Mesir
sehingga para wanita sibuk menceritakan hal itu. Zulaikha berasa marah
lalu menjemput banyak kaum wanita ke kediaman mereka dan menjamu mereka.
Ketika itulah Yusuf disuruh keluar, dan demi terpandang sahaja wajah
Yusuf, maka, kaum wanita itu tidak terasa memotong jari jemari sendiri
oleh ketampanan si Yusuf.
Keengganan Yusuf menyahut seruan
Zulaikha menjadikan Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Yusuf.
Sebenarnya Zulaikha sangat sedih dan berdukacita setelah Yusuf
dipenjarakan kerana rasa cintanya terhadap Yusuf begitu mendalam.
Zulaikha berdukacita sepanjang Yusuf di penjara.
Masa berlalu
(ringkaskan cerita), Yusuf dilantik menjadi raja Mesir kerana
kebijakannya mengurus masalah ekonomi Negara Mesir dan baginda juga
dilantik sebagai seorang Rasul. Zulaikha sudah menjadi wanita tua, buta
dan ada riwayat mengatakan beliau telah hilang fikiran. Ada juga syair
yang menulis Zulaikha sentiasa mengharapkan walaupun debu-debu
berterbangan dari Yusuf singgah kepadanya, dan sentiasa menyebut-nyebut
nama Yusuf. Nabi Yusuf tidak mengenalinya dan merasa malu namanya
disebut-sebut begitu. Tapi, malaikat Jibril memberitahu, dia sendiri
menyintai wanita itu kerana dalam diri wanita itu mengandungi cinta yang
amat besar kepada Nabi yang sangat dicintai olehnya (Jibril) Kerana
cinta Zulaikha yang agung itu menjadi malaikatpun mengasihi Zulaikha.
Dengan mukjizat Nabi Yusuf alaihissalam, Zulaikha menjadi muda kembali,
dan baginda mengahwini Zulaikha...
Wah, syahdunya kisah Zulaikha.
Aku ingin sangat membaca kisah Zulaikha dan pertemuan beliau kembali
dengan Nabi Yusuf. Tentu banyak keistimewaan Zulaikha hingga beliau
terpilih untuk menjadi pasangan Nabi Yusuf. Sesuai dengan blog aku ni,
jadi moral di sini ialah, be optimist! Jangan terlalu kecewa atau
bersedih. Yakin dan berusaha kerana, mungkin tidak diberinya kita
kebahagiaan sekarang tetapi akan diberinya kita kebahagiaan suatu hari
nanti...
kucari kebahagiaan walaupun hingga ke hujung nyawa..
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment