Bijak dalam mengendalikan diri amat penting dalam menentukan kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan seharian...Bila ditimpa masalah...apa yang penting adalah zikir, fikir dan ikhtiar...macam mana tu?
Tika
diri dilanda masalah sama ada ditimpa bencana atau musibah, orang benci
kita, orang marah kita, dibebani hutang yang banyak atas keperluan
untuk hidup, pertama2 sekali kita haruslah zikir...apa itu zikir? iaitu
kita himpun semua masalah kita tersebut dan kita serah pada
Allah...berdoa pada-Nya moga diringankan bebanan kita untuk
menghadapinya....
Selepas itu, kita haruslah fikir...fikir apa
tindakan yang sewajarnya...kalau ditimpa musibah, adakah kita perlu
terus bersedih atau redha?kalau ada orang marah atau benci pada kita,
adakah kita harus membalas balik dan berdendam dengan mereka atau kita
memaafkan mereka?
Selepas itu, barulah kita cuba
ikhtiar...berikhtiar macam mana caranya kita boleh
mengatasinya...berikhtiar dengan cara yang
ma'ruf....berhemah...tenang...
Macam mana kalau ada orang marah kita?apa tindakan kita?
Pertama
kita seharusnya bersyukur sebab bukan kita yang marah...kerana marah
itu adalah syaitan dan syaitan itu dari api...api itu tempatnya di
neraka...
Kedua kita mestilah mendoakan orang tersebut supaya diampunkan dosanya...diberi ketenangan supaya marahnya cepat reda...
"Jadilah
sepohon pokok mangga....orang membaling pokok itu dengan kayu tetapi
pokok itu memberikan buah mangga yang manis lagi lazat..."
Kita
tak rugi apa2 bila orang marah atau berdendam dengan kita kalau kita
sabar...kerana ganjarannya hanya Allah yang layak memberi...ingat Allah
ingat rahmat-Nya...kasih sayang Allah lebih luas dari
kemurkaan-Nya...wallahua'lam...
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment