Hujung tahun sebegini kesibukan mula terasa..kelmarin mesyuarat kali pertama bermula..semalam pula pendaftaran tahun 1 dan penjualan buku. Sebagai warga baru di sekolah ini, pastinya saya juga turut membantu di mana perlu. Alhamdulillah saya diterima baik di sini dan senyuman yang dilemparkan setiap kali bertembung..meredakan kegundahan dan keresahan di hati saya sebelum ini :)
Alhamdulillah..di tempat baru juga saya diberi kepercayaan untuk menyambung tugas sebagai Guru perpustakaan dan Media..kebetulan yang tidak terduga apabila kedatangan saya ke sini adalah untuk mengambil alih tugas guru tersebut yang berpindah ke Sarawak. Saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek sains untuk murid Tahun 3 dan 4 serta subjek Matematik untuk Tahun 5 iaitu sebanyak 13 waktu seminggu. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan gembira sekali..Terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa memahami..
Pastinya kesibukan ini akan berterusan sehingga penggal persekolahan bermula pada hari Rabu 2/1/2013 ini. Di kesempatan
ini saya mendoakan Tahun Baru 2013 ini akan membawa seribu rahmat dan
keberkatan yang berlipat ganda kepada semua kawan-kawan, adik-adik dan
semua pengunjung yang setia singgah di blog saya ni...Harapan saya juga
agar tali silaturrahim yang sudah terjalin akan bertambah erat lagi dan
kekal berpanjangan...Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang sentiasa memberikan komen dan tidak lokek mencurahkan ilmu
untuk dikongsi bersama. Hendaknya anda semua sentiasa diimpahi dan
dalam lindungan Allah swt. selalu....Amiiinnn..
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Doaku PadaMu Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang
telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau
kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima
kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya
terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit
pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah diriku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.

Categories
muhasabah diri
Ulang Tahun Kelahiran
Sambutan hari lahir saya setiap tahun mmg sangat simple. Jika tahun lepas mama dan abah turun ke Taiping untuk meraikan bersama saya, tahun ini kami hanya mengadakan majlis doa selamat sebelum menikmati juadah tengah hari. Kebetulan cuti sempena krismas dan tahun baru, semua ahli keluarga dapat berkumpul. Mama menyediakan sendiri kek hari jadi saya. Kek pulut kuning yang amat istimewa.. Mama mmg chef terbaik utk kami sekeluarga. Terima kasih mama dan abah kerana membesar dan mendidik saya menjadi manusia yang sentiasa bersyukur..
Jujurnya sejak memulakan kerjaya sbg guru 2 tahun yg lalu, saya tidak lagi menerima ucapan happy birthday dari kawan-kawan. Kalau adapun hanya dari ahli keluarga dan juga sahabat baik saya. Bertugas sebagai pendidik di kalangan senior2 dan veteran , hari jadi bukanlah sesuatu yg dianggap istimewa utk diraikan bersama. Kami cuma ada satu hari perayaan istimewa iaitu hari guru..hari yg menjadi kebanggaan kami warga pendidik.
Hari ini 25 Disember 2012..saya menyambut ulang tahun kelahiran saya dlm suasana yg berbeza. Selain menerima ucapan selamat dari org2 terdekat di sekeliling saya, saya juga menerima ucapan dari sahabat-sahabat maya saya yg sebahagian besarnya hanya di facebook sahaja. Terima kasih atas ucapan sahabat-sahabat dan juga utk semua perkara baik yg kita sering kongsi bersama di sana.
Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya dengan facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini . Facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dgn kaedah dan cara yang betul.
Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara sedemikian dan hubungan ukhuwah ini akan terus berkekalan di landasan yang betul dan di redhai Allah SWT..InsyaAllah..Terima kasih sahabat :)

bicara hati
Azam Tahun Baru 2013
Tahun 2012 bakal menutup tirainya. Mari kita sambut tahun baru 2013 yang
bakal tiba dengan doa, azam dan usaha untuk menjadikan diri kita lebih
baik dari sebelumnya. Bagi yang bakal memasuki sekolah awal tahun depan,
mulakanlah pembelajaran tanpa menunggu 'last minute'. Binalah azam betul-betul untuk kebahagiaan
diri sendiri, keluarga , agama ,
masyarakat dan bangsa.
Betul kah bila orang kata Azam itu penting? bukan Encik Azam ye.. tapi Azam tahun baru..
Azam penting bagi saya untuk kita
achieve target.. tak salah pun ada azam dan cita-cita.. kalau itu yang
membakar semangat untuk dapatkan apa yang kita nak.. tapi sila
beragak-agak nak buat azam okey.. tak payah lah kau berazam nak masuk
where the money drops pastu berazam dapat jawab semua soalan pastu boleh
jadi jutawan, bawa balik duit guni-guni..
Terserah azam itu untuk disimpan di dalam hati atau untuk satu dunia
tahu.. kalau kita hebahkan kepada dunia pun elok jugak.. sebab bila
semua orang dah tau apa azam kita.. dah tentu lah kita akan 'work hard'
untuk 'achieve target' tu.. kalau tak malu satu kampung.. eh satu dunia..
jadi demi taknak malu sebab dah war-warkan hari tu.. so marilah kita
jadikannya kenyataan. kan???? itu kalau kita tengok dari sudut positif..
Kita usaha lah.. kalau tak dapat.. 'nevermind'.. takde sapa nak pukul kau pun.. boleh 'carry forward' ke 2014,15,16 hingga 2020..itu pun kalau kau tak ada rasa malu dengan diri sendiri :P
Categories
motivasi
Buat Sahabatku..
“Aku,bukanlah yang terbaik buat diriku,
Diriku bukanlah yg terbaik buat sahabatku,
Aku cuba menjadi sahabat,
Sahabat buat sahabatku,
Diriku bukanlah yg terbaik buat sahabatku,
Aku cuba menjadi sahabat,
Sahabat buat sahabatku,
Sahabat….
Maafkan aku andai melukakan hatimu,
Maafkan aku jika tidak mampu membuatkan mu tersenyum,
Aku tahu,kau memendam rasa,menyimpan perasaan,bergembira dihadapanku,
Tapi hatimu sahabat?
Aku jua bagai dihiris bila kau terguris,
Engkau merintih,aku jua merintih,
Engkau menangis,aku jua menangis,
Engkau ketawa,aku jua turut ketawa,
Pandanglah aku dari kaca mata hatimu,
Jangan engkau pandang aku dari kaca matamu,
Dirimu buat diriku,adalah sahabatku..”
Categories
sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)