~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Aku Pernah..

Posted by Dea at Thursday, December 06, 2012 0 comments
Aku pernah setia, tapi aku diduakan
Aku pernah percaya, tapi aku dikhianati
Aku pernah mencintai, tapi disakiti
Aku pernah memiliki, tapi aku kehilangan
Aku pernah tulis, tapi aku dibohongi
Aku pernah berharap, tapi harapan itu sia-sia


Aku mengenal sakit dari sebuah pengkhianatan.....
Dan aku belajar ikhlas dari sebuah kehilangan....

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Posted by Dea at Wednesday, December 05, 2012 0 comments
Semalam saya diberi tanggungjawab oleh mama saya menguruskan  haiwan bernama siput sedut..masak sedap-sedap yea kakak..mama dengan abah balik kerja nanti nak makan~~huhu. Melilau dari pagi saya mencari resipi dan akhirnya saya memilih untuk mengikut resipi di bawah ini.


Bahan-Bahan:
  • 1 paket siput sedut
  • 20 tangkai cili padi
  • 1 ulas bwg merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 kunyit
  • 1 btg serai
  • Santan
  • 1 tangkai daun kunyit
  • limau kasturi
Cara-caranye:
  • Siput potong sikit bahagian belakang, basuh dengan limau kasturi
  • Blander cili padi, bwg merah, kunyit, halia.
  • Masak bhn2 yang diblander dengan siput. serai dan daun kunyit seketika
  • Kemudian masukkan santan
  • Masak hingga mendidih
Dah siap... simple je kan....apa komen mama dengan abah tentang masakan saya selepas makan? Abah kata pandai kakak masak..sedap~~Mama pulak? ~~Anak dara mama dah boleh kawen ~lulus..huhu..

Allah Akan Memberimu Yang Terbaik..

Posted by Dea at Wednesday, December 05, 2012 0 comments


Jika cinta laksana mentari aku akan tetap mengharap sinarnya kembali..Andaikan cinta seperti burung yg menyanyi aku akan sentiasa menari mengikut irama hati..Andaikan cinta laksana hujan yg jatuh ke bumi aku akan biarkan tubuh ini basah
mewangi..Akan tetapi pada hakikat nya,CINTA adalah sesuatu yg kadang sulit utk di mengerti dan sukar untk difahami..Tapi dalam hidup ini.. aku hanya ingin menjadi sebahagian dari cinta itu sendiri..Yang tetap kekal abadi,sampai akhir dunia ini..
Jika Allah menjemput mu sebelum kita bertemu,aku tak akan sedih kerana ku yakin bahawa syurga menanti mu..Dan apabila Allah menjemput ku lebih dulu,jangan pernah kau bersedih kerana aku tau Allah kan memberimu yg terbaik daripada ku. ..

Bila Kepercayaan Hilang..

Posted by Dea at Tuesday, December 04, 2012 0 comments
Baru aku tau kepercayaan itu sebenarnya lebih penting dari cinta... Cinta akan hadir apabila kita saling percaya mempercayai.. Namun percaya tidak akan hadir hanya dengan cinta.... Bila kepercayaan hilang walaupun kita cuba semai benih cinta itu, namun rasanya amat lain.. hidup penuh syak wasangka.. segala perbuatan kita rasa x kena... ermm... maybe something perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan itu.. tapi aku pun x tau apa... dan mungkin bukan aku yang patut bertindak..Perlukah peluang kedua? Aku takut duka itu berulang kembali :(

Wahai hati yang resah.. fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan... tenanglah, tenanglah... buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan. Lakukanlah sama ada sebelum kamu tidur.. atau bangun sebelum subuh. Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan.. insyaAllah, akan diberi petunjuk dan apabila kamu telah diberikan petunjuk.. ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. Buruk baik pilihan yang dibuat, pasti semuanya ada hikmah sebaliknya.. sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya...

Doaku..

Posted by Dea at Tuesday, December 04, 2012 0 comments
Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Aamiin~
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor