~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Beza Kita dan Mereka

Posted by Dea at Sunday, December 02, 2012 0 comments
BEZA KITA RAKYAT MALAYSIA DENGAN MEREKA DI GAZA..

1)mereka berperang dengan fizikal, kita berperang dengan hati dan HAWA NAFSU
2)Mereka mengangkat senjata utk berperang, kita memetik gitar utk menyanyi
3)Mereka menangis kerana hilang segalanya, kita gembira kerana dilimpahi segalanya
4)Meraka menutup aurat dgn sempurna dikala peperangan,kita bangga membuka aurat untuk tatapan umum
5)Mereka berjaga siang dan malam untuk bertempur,kita hanyut dibuai hiburan setiap saat dan minit
6)Kanak2 mereka dilatih utk mengangkat senjata, kanak2 kita dilatih utk menjadi bintang kecil di atas pentas...

Awan Pagi..

Posted by Dea at Sunday, December 02, 2012 0 comments
awan kini benar benar menangis
berderai air matanya membasahi bumi
anginpun bertiup menyapu tiap sisi celah kehidupan
membawakan siulan rasa dingin

tiap desah makna diri
kini mulai menebarkan aroma kesejukan
namun rasa dingin tak jua mampu mereda gejolak rasa

yang membakar sembilu kehidupan

terasa nyeri
terasa sakit
saat desiran darah membasahi kalbu rinduku

tak lagi mampu bertahan
kini air mata kesedihan awan
telah membawa kenyataan yang akan membuat suasana pilu

pilu oleh derita hati
pilu oleh tekanan kerinduan
tak mampu bertahan saat bayangan dirimu menghiasi panorama kalbuku

cinta yang kau janjikan kini hanyalah sebuah siksa
janji yang terhianati
janji cintamu membuat aku terperosok kedalam palung derita

dan kini kau tersenyum menyaksikan derita rinduku padamu

dan kini kau bahagia
menyaksikan derita lara cintaku

aku tak mampu berbuat apa apa hanya diam menahan derita kesedihan

dan kini awanpun ikut bersedih

4 Perkara..

Posted by Dea at Sunday, December 02, 2012 0 comments

Anak Soleh

Posted by Dea at Sunday, December 02, 2012 0 comments
Anak : Abah, Andai saya dah BERUSAHA tapi saya TAK BERJAYA capai cita-cita saya suatu hari nanti macam mana? Mesti abah KECEWA kan?..

Ayah : Tak mengapa... TAK BERJAYA kerja bagus takpe.. Tak berjaya menjadi orang KAYA pun takpe. Yang penting, Anak abah ni BERJAYA jadi anak yang SOLEH sampai BILA-BILA. Itulah kejayaan sebenar untuk Abah dan Ummi. Anak SOLEH boleh bawa kami ke SYURGA. Sedang anak kerja BEST, TAPI TIDAK SOLEH, Buat ALLAH MURKA... Hanya HERET KAMI SEKALI KE NERAKA....

Sebagai Renungan Kita Semua...

Bila Sentiasa Bersyukur..

Posted by Dea at Sunday, December 02, 2012 0 comments












Rasa syukur.....
Membuat hidup kita menjadi mudah,
Membuat yang sedikit terasa cukup..alhamdulillah
Mengubah apa yang kita miliki saat ini menjadi lebih berharga,
Mengubah masalah yang kita miliki menjadi hikmah yang bernilai,
Mengubah hidangan yang sederhana menjadi begitu istimewa,
Mengubah ruang yang sempit terasa lapang dan nyaman,
Mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga,
Mengubah kekeru
han suasana menjadi kejernihan,
Mengubah yang tidak nyaman menjadi menyenangkan,
Mengubah penolakan menjadi penerimaan,
Mengubah kebencian dihati menjadi rasa kasih sayang,
Menciptakan kedamaian dan ketenangan dihati,
Mengubah emosi menjadi latihan kesabaran,
Menjadikan masa lalu sebagai kenangan manis,
Menjadikan masa sekarang keindahan dan ketenangan,
Menjadikan hari esok penuh pengharapan.

Bila hatimu dipenuhi rasa syukur, hidup akan menjadi selalu indah dan damai. ALHAMDULILLAH....
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor