~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Jangan Jadi Anak Derhaka

Posted by Dea at Friday, July 12, 2013
Harini terasa nak cerita perkara yang agak serius sikit. Kebelakangan ini, saya amat tersentuh bila tengok anak-anak yang tak hormat langsung pada ibubapa. Bukan saja tersentuh malahan marah, emosi, nak nangis, semua perasaan bercampur baur.  
 
Menjadi harapan saya agar kita tidak jadi seperti tu. Saja nak kongsi kat sini supaya saya lebih insaf  dan andai ada yang mempunyai ciri2 anak derhaka agar dapat sujud memohon kemaafan daripada ibubapa. Kerana REDHA ALLAH BERGANTUNG KEPADA REDHA IBUBAPA. 
 
Kepada anak yang masih mempunyai ibu dan bapa jangan berlengah lagi pohon lah kemaafan sebelum terlambat. Jangan tunggu raya je. Kepada anak yang telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat, masih ada peluang untuk memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walau apa pun, hanya Allah yang berkuasa dan syurga neraka ditangan NYA. Pintu taubat sentiasa terbuka luas. 
 
Ambillah iktibar dari kisah ini :
Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya. Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku. Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan. Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang menyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup. Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti. Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.
 
~Untuk mama dan abah terimakasih kerana telah membesarkan dan mendidik kakak sehingga menjadi insan pada hari ini... Kalian semua tak pernah saya lupakan dalam doa seharianku..

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor