~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Amanah Ini..

Posted by Dea at Friday, March 29, 2013
Cuti seminggu tak terasa dan tak dapat dinikmati sepenuhnya..Semuanya gara-gara aku dan beberapa orang rakan sekerja terpaksa bertungkus-lumus melatih pelajar-pelajar yang akan menghadapi pelbagai jenis pertandingan apabila persekolahan bermula minggu depan. Pertandingan Pantun, Majlis Tilawah, Doktor Muda dan Pertandingan Sahibba antara yang menunggu untuk dipertandingkan.

Sebagai orang baru di tempat baru..aku menerima cabaran yang diberi sebagai tanggungjawab yang perlu aku jalankan sebaik mungkin. Syukur ke hadrat Illahi kerana aku sentiasa menerima sokongan padu dari abah dan mama serta rakan-rakan. "Buatlah sehabis baik..jika rezeki masih belum berpihak kepada kita, kita akan merasai kepuasannya kerana telah mencuba yang terbaik". Pesan abah sentiasa aku ingat dan jadikan pegangan dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Alhamdulillah, mungkin kerana aku dilahirkan dalam keluarga guru, jiwa pendidik amat kental di hati dan akan aku jadikan kekuatan diri untuk mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu..Inn Sha Allah.

Abah dan mama adalah 'role model' aku. Melihat ketabahan dan kegigihan mama serta abah dalam melalui liku-liku perjalanan sebagai seorang guru selama hampir 30 tahun membuat aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka. Masih aku ingat ketika aku sibuk menghadapi peperiksaan PMR, mama dan abah juga sibuk mengulangkaji dan membuat 'assignment' demi meraih impian bergelar siswazah. Sesuatu yang gagal mereka perolehi ketika zaman muda dulu. Alhamdulillah, impian abah dan mama telah tercapai dan kejayaan mereka menjadi pendorong kami adik beradik untuk turut cemerlang dalam pelajaran.

#akak bangga mempunyai abah dan mama seperti kalian berdua. Terima kasih abah..terima kasih mama..

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor