Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah. Itu yang Hamka katakan. Ya, memang benar hidup ini bukan mudah. Perjalanan sepanjang kehidupan bukanlah ditaburi bunga mewangi sebaliknya penuh ranjau berduri. Seringkali hitungan langkah yang salah membuatkan tapak kaki berdarah tertusuk duri yang tajam.
Kadangkala
ujian yang datang tu teramat berat sehingga rasa putus asa. Tak mampu
nak kira air mata yang menitik. Bahu yang terhingut-higut menahan sebak
dan sayu pun sudah lali. Lemahnya diri. Rasa mahu tersembam ke bumi.
Bagai dah sampai ke hujung jalan mati. Ya Allah, lemahnya aku. Aku dah
tak mampu lagi, Ya Allah.
Tapi
sedarkah kita, Allah sedang menguji kita? Allah sebenarnya memberi
perhatian-Nya kepada kita? Allah sayang akan kita. Sebab itu DIA uji
kita supaya kita tak lupa diri, tak kufur nikmat, tak lupa tujuan asal
usul penciptaan manusia. Ya, pujuk diri. Istighfar banyak-banyak.
Alhamdulillah, aku diuji. Terima kasih, Allah. Terima kasih kerana
Engkau sayang kepada aku. Engkau uji aku supaya aku tak leka dengan
dunia sementara sedangkan akhirat itu yang kekal abadi.
Aku
juga ingin bahagia, Allah. Aku juga ingin bergelak tawa seperti
kawan-kawan lain. Tapi, aku sering dikunjungi dugaan dan air mata. Aku
tidak minta Engkau permudahkan urusanku, Ya Allah. Aku cuma mohon Engkau
anugerahkan aku kekuatan agar aku mampu meneruskan langkahku di muka
bumi ini. Biarlah tak mampu meneruskan langkah dengan berlari, berjalan,
merangkak sekalipun. Mengesot pun sudah mencukupi asalkan aku mampu
teruskan langkah setiap hari. Ya Allah, aku tahu Kau sedang mendengar
luahan rasa sekeping hati yang tidak pernah lekang daripada duka lara
ini. Aku tahu Kau sedang memandangku dengan kasih sayang, Ya Allah. Aku
mohon, Ya Allah. Anugerahkan aku kekuatan. Aku mahu terus melangkah
sebagai hamba-Mu yang senitasa bersyukur atas apa jua yang Engkau
berikan padaku. Amin Ya Rabb.
Longlai sungguh tubuh ini. Rasa tak berdaya. Lemah benar. Tapi, aku takkan putus asa. Pasti ada jalan yang Allah sediakan untukku. Aku yakin. Aku suka benar dengan ayat ini:
Bismillahirahmanirahim..
♥ Betapa ALLAH selalu ingin membahagiakan kita
Disetiap keadaan dan kegundahan kita
Seolah-olah IA mengingatkan, "Laa tai'asuu min rauhillah"TENANGLAH,TEGUHLAH dan OPTIMISLAH
Kerana di penghujung setiap malam,ada pagi yg cerah
Di sebalik setiap bukit,ada taman yg indah
Di sebalik batu yg besar,ada mata air yg sejuk
Setelah perjalanan jauh,ada sungai yg mengalir dan
Setelah kelelahan,ada tempat berehat yg nyaman
Setelah kesedihan ada kebahagiaan
Setelah perjuangan ada buah ranum yg siap dipetik
♥ Betapa ALLAH selalu ingin membahagiakan kita
Disetiap keadaan dan kegundahan kita
Seolah-olah IA mengingatkan, "Laa tai'asuu min rauhillah"TENANGLAH,TEGUHLAH dan OPTIMISLAH
Kerana di penghujung setiap malam,ada pagi yg cerah
Di sebalik setiap bukit,ada taman yg indah
Di sebalik batu yg besar,ada mata air yg sejuk
Setelah perjalanan jauh,ada sungai yg mengalir dan
Setelah kelelahan,ada tempat berehat yg nyaman
Setelah kesedihan ada kebahagiaan
Setelah perjuangan ada buah ranum yg siap dipetik
Air
mata segera kukesat. Tak mahu ia terus mengalir. Aku mahu terus
memandang ke hadapan walaupun acapkali aku kalah. Biarlah aku kalah
berkali-kali asalkan aku tak pernah mengalah. Ya, aku tak mahu mengalah.
Dugaan yang hadir itu aku gunakan untuk mematangkan diri.
0 comments:
Post a Comment