Pelbagai perkara
datang dan pergi dari hidup ini , yang sememangnya sunnah Ilahi.
Kekadang diri terkesan juga dengan dugaan dan keperitan yang
dialami.Luka yang ada sememangnya meninggalkan parut yang tidak
hilang.Atau mungkin memakan masa untuk hilang. Itulah ujian duka dalam
hidup.
Sedangkan ujian
kegembiraan dan kesenangan mudah sekali kita lupakan. Apabila datang
kesusahan, kita berkeluh kesah mengenangkan duka.Walhal kegembiraan kita
banyak sungguh yang sudah dikecapi. Allah, itulah jiwa yang lemah.
Tersangkut dengan buaian dunia yang fana.
Kesungguhan perlu dikekalkan untuk terus mencari bahagia. Kenangan lama
semakin jauh ditinggalkan dan saya perlu lebih berusaha mencari yang
terbaik buat diri, juga mereka-mereka yang saya kasihi.
Semoga usaha kita
hari ini akan membuahkan hasil yang setimpal. Kesungguhan dalam usaha,
kecekalan dalam jiwa juga kekuatan iman jua lah yang akan memandu kita
ke arah kesempurnaan dalam kehidupan. Semoga Allah terus memberikan
Taufiq dan HidayahNya kepada saya dan kalian semua..Salam sayang lillah
:)
0 comments:
Post a Comment