Aku menasihatimu sahabat bukanlah bermakna
aku telah menjadi hamba Allah yang terbaik tetapi sememangnya dalam
kehidupan ini, kita perlu saling berpesan ke arah kebenaran dan kebaikan.. bukankah kita sama-sama ingin berpimpin tangan ke syurga
Allah? Mari sahabat, izinkan aku memegang erat tanganmu, sama-sama kita
menuju mencari redha Ilahi..
Orang
yang mudah berkecil hati dalam menerima teguran atau nasihat orang
lain, samalah seperti dia sangat mementingkan hati berbanding agama,
teguran yang diberi kadangkala untuk kebaikan diri sendiri juga,
belajarlah daripada kesilapan. tapi Orang yang sombong adalah orang yang
tidak mahu belajar langsung, malah menutup hatinya dan memalingkan
mukanya semasa diberi atau menerima teguran, bersyukurlah masih ada yang
sudi menasihati & menegur, itu tandanya, masih ada yang sayang dan
ambil berat. Alhamdulillah.
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment