Siamang spesies yang
terbesar daripada tiga spesies tersebut. Bulu siamang panjang, lebat dan
berwarna hitam gelap. Ekornya pendek serta tidak kelihatan. Bulunya
yang panjang membolehkan haiwan ini tahan cuaca dan suhu sejuk di
kawasan bukit bukau dan pergunungan, terutama pada waktu malam. Badan
siamang gempal dan tegap. Tangannya pula lebih panjang daripada kaki.
Haiwan ini bergayut dari satu dahan ke satu dahan dengan menggunakan
tangan dan kakinya.
Kakinya jarang-jarang
digunakan untuk berjalan di atas tanah. Pergerakannya di atas tanah agak
lambat dan perlahan. Apabila berjalan di atas tanah, siamang mengangkat
kedua-dua tangannya ke atas bagi mengimbangi badannya supaya tidak
tumbang atau jatuh. Siamang tinggal di atas pohon yang tinggi, seperti
pokok keranji, kruing, tualang, meranti dan seraya. Ia bergayut daripada
satu dahan ke satu dahan semasa mencari makan. Siamang jarang-jarang
turun ke tanah dan amat takut akan air.
0 comments:
Post a Comment