~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Jeruk Cermai
Pernah makan buah ni tak kawan-kawan? Eeeiii masamnya..Inilah buah cermai..kalau dibuat jeruk mmg yummy!! tak cukup semangkuk saya boleh habiskan..Ada jual lagi ke jeruk cermai ni eh :)
Categories
apa-apa jer
Belanjawan Khas Buat Perokok
Untungnya ada belanjawan khas Terbaru dan Terkini Bagi Perokok Tegar :D
Sehari - RM 10.20 (boleh makan KFC satu set)
Seminggu - RM 71.40 (boleh isi minyak kereta penuh tangki)
Sebulan - RM 306.00 (boleh bayar duit kereta Viva)
Setahun - RM 3,723.00 (boleh beli Insurans)
5 tahun - RM 18615.00 (boleh pergi buat HAJI)
10 tahun - RM 37230.00 (boleh buat duit muka rumah)
20 tahun - RM 74460.00 (Lu pikir la sendiri nak wat pa)
~~Jomm Berubah..! ;-)
p/s geramnya dgn pekerja2 yg sedang bina bilik kerja PSS saya~~sesuka hati depa je hisap rokok dlm tu..bila saya tegur depa buat2 kata lupa sekolah kawasan larangan merokok..~~katakan x nak pada rokok!~

bicara hati
Mengimbau Kenangan
Sempena Hari Raya Aidil Adha..saya sempat bercuti selama 4 hari di kg tercinta Batu Pahat..dapatlah melepaskan rindu pada mama dan abah serta keluarga..
Sempat meluangkan masa di taman permainan dan tasik yang sering saya kunjungi ketika zaman kanak-kanak dulu..sekali air bah sekali pantai berubah..sangat cantik, bersih dan nyaman..
Sempat meluangkan masa di taman permainan dan tasik yang sering saya kunjungi ketika zaman kanak-kanak dulu..sekali air bah sekali pantai berubah..sangat cantik, bersih dan nyaman..
![]() |
| taman permainan |
![]() |
| Tasik Y semakin cantik ditata rias |
Categories
bicara hati
Merempit Cara Betul :)
Siapa kata merempit tidak boleh mengharumkan nama negara? Kelmarin Zulfahmi telah membuktikan bahawa minat berlumba motosikal dengan cara yang betul iaitu di litar boleh menjamin masa depan :) Bukan merempit secara haram di jalan-jalan raya tu..dahlah berdepan dengan maut..mati katak jer..apa pun tak boleh..
Zulfahmi jejak podium
Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my
saifulaffendy@hmetro.com.my
GEMBIRA...(dari kiri) Zulfahmi, Cortese dan Folger ketika di podium semalam.
Jika tidak kerana kesilapan ketika dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat yang memberi ruang kepada pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese memintas untuk memenangi perlumbaan itu, Zulfahmi sudah pasti menikmati kejayaan lebih manis di depan penyokong sendiri.
Namun tempat kedua dengan catatan 40 minit 54.151 saat sudah memadai buat pelumba AirAsia SIC Ajo itu untuk mencuri tumpuan 77,000 penonton yang hadir di SIC untuk menyaksikan saingan itu.
Pada perlumbaan itu, Zulfahmi yang bermula di petak pertama, bagaimanapun ketinggalan seawal pusingan pertama selepas Jonas Folger memotongnya dan memimpin saingan sehinggalah pertengahan perlumbaan.
Namun di pusingan ke-11, pelumba dari Banting, Selangor itu memotong Folger dan memimpin saingan sehingga pusingan terakhir tapi Cortese yang sudah mengesahkan kejuaraan dunia bagi kelas Moto3 hasil kemenangan semalam, memintasnya pada dua selekoh terakhir itu.
“Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir itu dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya. “Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh.
Cortese yang juga rakan sepasukan Zulfahmi, memenangi perlumbaan sekali gus muncul juara dunia dengan pungutan 280 mata manakala tempat ketiga milik Folger. Cortese mencatat 40:54.123s manakala Folger, 40:54.370s.
Categories
apa-apa jer
Subscribe to:
Comments (Atom)