~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Cinta Bukan Kesilapan...Tapi Memang Satu Kesilapan..

Posted by Dea at Friday, January 31, 2014

Cinta bukan satu kesilapan …

Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirkan
Kenapa kita dipersalahkan
Tatkala ia dinodai
Bukan salah cinta itu … tapi diri
Sebab tak dibina dengan Islam
Tak dihalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketaqwaan

Cinta bukan satu kesilapan …

Tapi tapak penyubur iman
Kerana … tak sempurna iman seseorang
Jika ia tidak mengasihi saudaranya
Sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri

Cinta bukan satu kesilapan …

Bukankah Allah Maha Pengasih & Penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta itu membawa ke syurga
Cinta keluarga memberi bahagia
Cinta pada buku dicurahkan ilmu
Cinta pada sahabat mendapat berkat
Cinta pada sahabat mendatangkan rahmat Tuhan
Cinta pada Allah kebahagiaan yang hakiki

Tapi, memang cinta satu kesilapan …

Jika ia menjauhi daripada PENCIPTA
Jika ia membina jurang dari yang ESA
Jika ia mengalpakan diri
Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cinta Ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran Khalid-Nya
Jika ia menjadikan kita hambanya
Maka seharusnya cinta itu kau jauhi
Dan sememangnya ia merupakan satu KESILAPAN …




# kredit utk : Bisikan Qalbi 

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor