~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Nikmat Yang Tidak Terhitung..

Posted by Dea at Thursday, October 31, 2013


Alhamdulillah.....
Diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang agak baik. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya. Allah telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nahl: 18)

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat"
(Ibrahim:7)

Dan sebenarnya, Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Setiap nikmat yang Allah berikan itu juga adalah ujian bagi kita. Pancaindera, rumah, pakaian, keluarga, kewangan, mahupun pekerjaan adalah sebahagian nikmat yang kita perolehi seharian. Ada diantara kita yang sedar dan tahu,tetapi ada juga yang tidak.

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja.Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)     

1 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Tak terhitung nikmatNya.

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor