~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Pasrah dan Berserah..

Posted by Dea at Sunday, August 25, 2013
Aku Redha Dengan Perpisahan Ini Ya ALLAH,aku bersyukur di atas perpisahan ini,kerana ku yakin Engkau MAHA MENGETAHUI segalanya,mungkin si dia bukanlah yg terbaik untuk diriku..Ya ALLAH ku berserah segalanya padaMu..

Kurniakanlah kebahagian pada dirinya hadirkan lah insan yang terbaik buat dirinya..Moga dirinya tidak terus hanyut dibuai dunia yang hanya sementara..

Aku Redha,aku pasrah jika ini merupakan hukuman dan ujian dari-MU..Pada-MU ku bermohon..Pada-MU ku berserah..Hadirkanlah kebahagiaan yang abadi,kau bantulah diriku mencari ketenangan disebabkan perpisahan ini..

Kupohonkan petunjuk Illahi..Hadirkanlah insan yang sejati..Menemani kesepian ini..Mendamaikan sekeping hati Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan..Hanya cinta-MU yang kuharap..Hanya kasih-MU yang kudamba..

Andai dia..Sang kumbang KAU utuskan buat perantaraan, Aku terima dengan redha, Namun padanya ingin ku berpesan," Maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerana ia adalah milik-Nya, Maaf jika cinta ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerana ia adalah milik-Nya, Maaf jika masaku tidak sepenuhnya untukmu, Kerana ia adalah milik-Nya, Maaf jika ketaatan ini tidak sepenuhnya milikmu, Kerana ia adalah milik-Nya..
 

Aku pasrah,Andai ditakdirkan bersendirian sehingga ke akhir hela nafas, Kerana ku yakini,Cintaku pada-Nya adalah cinta azali,Kerana janji-Nya adalah janji yang pasti,Kerana DIA takkan mempersiakan,Kerana DIA takkan mengecewakan,Lantas ku akur,Kubukakan hati,Ku luaskan minda,Ku terima sang hakikat dengan penuh ketenangan..

Sesungguhnya,Perjalanan hidup ini telah tertulis,Rentetan hayat ini telah tersurat Ya Allah..Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan,Seandai dirinya tercipta untukku,Relaku menjadi miliknya..AMIN..Namun seandainya dirinya bkn tercipta untukku,aku redha..
 

Wahai sahabat wahai teman..Carilah dia kerana Tuhan..Untuk menambah ceteknya iman..Bekalan diri hidup berteman..Wahai sahabat wahai teman..Cintalah dia kerana beriman,Dijadikan Tuhan sebagai pasangan,Baik buruk ketentuan Tuhan..Wahai sahabat wahai teman..Terimalah dia penuh keikhlasan,Andai buruk anggaplah dugaan,Andai baik pujilah Tuhan..Wahai sahabat wahai teman..Ingatlah akan janji Tuhan..Isteri yang baik besar balasan Suami penyabar itulah kemenangan..

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor