Harini
terasa nak cerita perkara yang agak serius sikit. Kebelakangan ini, saya amat tersentuh bila tengok anak-anak yang tak hormat langsung pada
ibubapa. Bukan saja tersentuh malahan marah, emosi, nak nangis, semua
perasaan bercampur baur.
Menjadi harapan saya agar kita tidak jadi seperti tu. Saja nak kongsi kat sini
supaya saya lebih insaf dan andai ada yang mempunyai ciri2 anak derhaka
agar dapat sujud memohon kemaafan daripada ibubapa. Kerana REDHA ALLAH
BERGANTUNG KEPADA REDHA IBUBAPA.
Kepada
anak yang masih mempunyai ibu dan bapa jangan berlengah lagi pohon lah
kemaafan sebelum terlambat. Jangan tunggu raya je. Kepada anak yang
telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan
dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat, masih ada peluang untuk
memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan
Maha Penyayang. Walau apa pun, hanya Allah yang berkuasa dan syurga neraka ditangan NYA. Pintu taubat sentiasa terbuka luas.
Ambillah iktibar dari kisah ini :
Kisah
Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang
boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu
mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan
ibunya. Waktu
Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak
terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi
seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.
Selama
berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala,
mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak
terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku. Sahabat
menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat
penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail
mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.
Wail
cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran
daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin
mengerikan. Akhirnya
seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan
keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau.
Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap
ibunya sebelum sakit.
Apabila
ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan
isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya
tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya. Nabi
Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya
yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia
berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang
menyakitkan hatinya.
Melihat
keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan
sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup. Nabi
Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya,
Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti. Mendengar
kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan
dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah
maafkan.”
Menurut
sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah.
Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.
~Untuk mama dan abah terimakasih
kerana telah membesarkan dan mendidik kakak sehingga menjadi insan pada hari ini... Kalian semua tak pernah saya lupakan
dalam doa seharianku..
0 comments:
Post a Comment