... aku bukan ustazah atau alim ulama. aku bukan siapa-siapa.
aku sama seperti dia, kamu dan mereka. indah mengenali Islam itu aku
kongsi atas rasa cinta, ilham dariNya yang buat jariku menari menitip
setiap kata. tolong ingatkan aku sentiasa kepada DIA.
Bila hati seolah-olah lesu mengenangkan kekecewaan dan mungkin masalah
yang tidak putus datang..Tiba-tiba jari -jemariku terasa untuk
bersuara..Mungkin kerana seketul daging bernama hati yang bersembunyi
dalam jiwa ini seolah-olah meronta ingin menyuarakan sesuatu.. Lesu aku
memandang ke luar jendela..Ya..Hati ini merintih kecewa..Kecewa dengn
kebodohan dan kealpaan aku dalam mengejar dunia yang serba sementara
ini..Kebodohan aku dalam mengharapkan cinta manusia yang sesungguhnya
tidak kekal abadi.Aku terlupa seketika akan cinta Yang Esa yang jauh
lebih membahagiakan aku sebenarnya..
Aku kesal kerana aku masih belum mampu
menjadi pencinta Allah yang setia. Aku kesal kerana jauh tersesat
dijalan yang gelap dan banyak memberi kebahagiaan palsu.Aku ingin buang
jauh-jauh segala rasa kecewa ini. Aku letih..Terlalu letih dengan perjalanan cinta palsu sebelum
berkahwin..Aku bencikannya..Ia begitu mengganggu jiwa dan merentap
ketenangan dan jiwaku.. Ya Allah..Ampunkan aku atas kelemahanku..
Ya Allah, telah kupinta dariMu siang
dan malam agar Engkau menghadiahkan aku seorang lelaki soleh yang bisa
membimbing aku menjadi hambaMu yang solehah.. Namun dia masih belum
kunjung tiba..Alhamdulillah selama hari ini aku masih mampu
mempertahankan diri dari disentuh dan didakap sang adam yang hanya ingin
mengambil kesempatan ke atas diriku..Namun aku bukan Nabi.. Kadangkala
aku masih belum mampu menundukkan pandangan dan menghindar diri dari
menghindari segala laranganMu baik yang kecil mahupun yang besar..
Ya Allah..sesungguhnya kami sering terlupa bahawa cinta sesama manusia
ini selalu mendatangkan kepahitan dan sengsara.. Lebih2 lagi cinta yang
tidak halal.. Dan kami terlupa bahawa cintaMU tidak pernah menyakitkan.
MenyintaiMu membuatkan hati terasa tenang dan aman.. Membuatkan hati
terasa dilindungi. Mengapa seringkali manusia lupa dan tetap melebihi
cinta lain melebihi cinta mereka kepadaMu..Semuanya seolah hanyut dan
terlupa bahwa tanpa ALLAH kami tidak punya apa-apa. Dan tiada siapa yang
lebih layak dicintai selain dari ALLAH..
Ya Rabb..kami ini lemah ya Allah..Kami lupa bahawa setiap detik dan saat
Engkau melihat kami.. Engkau mendengar bisikan hati kami..Engkau
mengetahui setiap denyut nadi,setiap keinginan kami..Ya Allah kami lupa
segala kecantikan, kebijaksanaan, harata dan segala nya adalah milikMU,
tiada satu pun kami punya. Jika Engkau ingin menarik semuanya, sekelip
mata juga bisa. Sering Engkau katakan dalam kitab sucimu, bahawa orang
yang memahami Islam adalah org yang berfikir dan mengambil pelajaran
dari sesuatu kejadian. Namun ramai antara kami terlalu asyik menikmati
keindahan dunia yang penuh tipu daya ini Ya Allah.. Ampunkan dosa kami
ini Ya Allah...
Ya Allah..soal jodoh pertemuan, aku serahkan padaMu..Engkaulah yang merencanakan semuanya ya Allah..Kami bertawakkal hanya kepadaMu..Jangan Engkau jadikan kami ini hamba yang lupa..
Ya Allah..soal jodoh pertemuan, aku serahkan padaMu..Engkaulah yang merencanakan semuanya ya Allah..Kami bertawakkal hanya kepadaMu..Jangan Engkau jadikan kami ini hamba yang lupa..
0 comments:
Post a Comment