Sungguh hidup ini sebuah misteri, ada tiga hal yang tak seorang pun tahu kecuali ALLAH, tiga itu adalah, rezeki, jodoh dan kematian. Dalam perjalanannya, kehidupan tentu tak semulus kulit bayi yang baru lahir dan mungkin ada batu-batu besar maupun kecil yang merintangi jalan kehidupan itu.
Puncak kehidupan ini akan kita rasakan justeru setelah kehidupan ini berakhir iaitu di syurga atau neraka. Setiap manusia yang hidup di dunia ini, mereka semua punya cerita kehidupan masing2, yang satu dengan lain berbeza. Ada yang memperoleh 'nikmat' di awal mereka hidup ada pula yang harus melalui proses panjang.
Mengutip sebuah perumpamaan dari Aa' Gym, belajarlah dari kelapa. Kelapa itu, untuk boleh dinikmati harus melalui cubaan-cubaan hidup yang tak mudah. Setidaknya ada dua jenis kelapa yang kita kenal. Pertama Kelapa Muda, jenis kelapa ini tidak cukup berat ujian hidup nya. Dia terpilih untuk dipetik. Jika pemetiknya 'baik', ia akan membawanya turun bersama pemetiknya. Tapi ada juga yang dilemparkan dari atas pohon ke tanah. Inilah ujian hidup. sebelum kelapa muda itu boleh dinikmati, bantingan itulah cubaan hidup. Kelapa yang jatuh itu pun ada yang tetap kukuh, ada yang pecah dan air kelapa muda yang boleh memberikan kesegaran pun tak dapat dinikmati. Tahap kelapa muda tak begitu berat, dan tak sedikit orang yang mendapatkan hidup seperti kelapa muda ini. Namun sayang, mereka lupa untuk bersyukur. Naudzubillahi min dzalik.
Kedua Kelapa Tua, jenis kelapa ini adalah seperti ujian berat bagi seseorang. perjalanannya panjang dan liku2 kehidupannya luar biasa.
- Kelapa ini dipetik kemudian dijatuhkan ke tanah.
- Kemudian harus dikupas dengan cara yang berbeza-beza namun tak ada cara mudah.
- Untuk mendapatkan isi kelapanya, tempurung kelapa harus di pecahkan, dan sekali lagi proses ini tak ada cara mudahnya.
- Setelah tempurungnya pecah, isi kelapanya harus dipotong-potong dan di parut. lagi-lagi 'ujian' bagi kelapa kerana proses pemarutannya pasti menggunakan benda tajam.
- Satu tahap terakhir yang amat sukar 'cubaan'nya ialah, untuk memperoleh santan nya, kelapa yang telah diparut kemudian diperah. Santan inilah 'kenikmatan hidup' dari kelapa tua.
1 comments:
thanks your information..
salam dr indonesia :-)
Post a Comment