1)perempuan tidak boleh bercakap dengan suara yang manja dan lentok, yang mana boleh membuatkan orang lelaki naik syahwat apabila mendengarnya, hendaklah bercakap dan berbincang dalam keadaan yang serius. Tetapi jangan jadi seperti robot, bercakaplah dalam keadaan tenan
g dan biasa saja.
2)Perlu bercakap hanya melibatkan urusan sahaja. Misalnya, perempuan apabila melakukan urusan sewa menyewa, maka apa yang diperbincangkan adalah yang melihatkan urusan sewa menyewa sahaja. begitu juga dengan urusan yang lain.
3)Tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi. Misalnya lelaki dan perempuan ketika melakukan urusan, mereka berdua bersama-sama di dalam pejabat atau bilik yang tertutup. Namun boleh jika:
a) Berdua-duaan di kawasan awam yang ada ramai orang.
b) Beberapa lelaki dan seorang perempuan.
c) Seorang lelaki dan beberapa orang perempuan.
4) Tidak terlalu rapat. Sebaik-baiknya ada jarak pemisah di antara lelaki dan perempuan.
5) Mengenakan pakaian yang menepati kaedah Syarak.
6) Menghindari berjabat tangan antara lelaki dan perempuan.
7) Tidak terlalu lama dan berulang.
8) Menghindari tempat-tempat yang mencurigakan.
Fikrahhalaqah.com
0 comments:
Post a Comment