Terima kasih Ya Allah untuk usia yang
telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau
kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima
kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya
terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit
pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku
tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun
begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang
aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah
menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan
kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.
Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak
pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu
yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku
goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun
dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada
kesesatan.
Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya
Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya
Rahiim. Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati
hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di
atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina,
aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah
aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan
tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau
tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah diriku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment