~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Mutiara Kata

Posted by Dea at Saturday, November 09, 2013 0 comments

  

 

Doaku Hari Ini..

Posted by Dea at Saturday, November 09, 2013 0 comments

Ya Allah,
terima kasih kerna masih lagi
meminjamkan nafas ini buatku,
terima kasih jua kerna masih
memberi kesempatan lagi
untuk bersama keluargaku,
jua sahabat dan saudara-saudaraku
lagi,di alamMu yang indah
dan permai..

Sesungguhnya aku memohon
bimbinglah aku dan semua
insan yang aku sayang,
dalam meniti hayat ini,
agar sentiasa dalam keredhaan
jua diberkati olehMu..
selama nafas ini masih Engkau
anugerahi......

Aku Menunggumu Kerana Allah..

Posted by Dea at Thursday, October 31, 2013 0 comments


 
Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian.. tetapi mengapa ?
Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan..
dan kerananya ku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku..
yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA.

Aku tahu terlalu banyak yang harus kuperbaiki
Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu..
Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA ..
Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan untuk selamanya..

Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri ..
Bila benar ada dalam hidupku..
Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhai-NYA…

Aku mencintaimu kerana ALLAH..
Aku merindukanmu kerana ALLAH..
Aku menunggumu kerana ALLAH..
Di raga manakah kamu bersemayam ?

Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin..
Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. .
Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA. .

Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku…
Bila saudara dan teman tak lagi cukup menemani kehidupanku…
Maka hari itu yang aku tunggu..
Penantianku pasti kerana ENGKAU tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-MU..



Malu Menegur Kemungkaran?

Posted by Dea at Thursday, October 31, 2013 0 comments


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

Nikmat Yang Tidak Terhitung..

Posted by Dea at Thursday, October 31, 2013 1 comments


Alhamdulillah.....
Diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang agak baik. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya. Allah telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nahl: 18)

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat"
(Ibrahim:7)

Dan sebenarnya, Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Setiap nikmat yang Allah berikan itu juga adalah ujian bagi kita. Pancaindera, rumah, pakaian, keluarga, kewangan, mahupun pekerjaan adalah sebahagian nikmat yang kita perolehi seharian. Ada diantara kita yang sedar dan tahu,tetapi ada juga yang tidak.

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja.Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)     
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor