~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Muhasabahlah Diri Kita Sentiasa

Posted by Dea at Friday, September 12, 2014 0 comments
~Cuti pertengahan penggal kedua telah pun bermula...Jika sebelum ini, inilah hari yg dinantikan oleh murid-muridku ( Thn 6 )..kini kedatangannya disambut agak suram. Bila aku tanya apa aktiviti yg akn mereka buat cuti ni..x taulah cikgu..., x kemana-mana kot cikgu.., mak sy dah batalkan percutian cikgu..dan mcm2 lagi jawapan yg diberikan oleh mereka.

Mereka x salah..mereka adalah mangsa keadaan atas sikap x berttgjwb org dewasa..x kiralah siapa org dewasa itu..? Biarlah mereka yg dipertggjwbkan menyelesaikan kemelut yg melanda dunia pendidikan negara. Kita hanya perlu tunggu dan lihat..Kita hanya mampu berdoa semoga hanya mereka yg benar2 terlibat sahaja dihukum dan bukan menjadi mangsa kerakusan pihak2 tertentu demi menjaga periuk nasi mereka.

Mood aku utk pergi bercuti juga semakin hilang..masih memikirkan apa yg perlu dilakukan utk menanti tarikh 30 Sept itu. Mungkinkan soalan bagi subjek Sains akan lebih mencabar? Cuti yang sepatutnya utk aku merehatkan otak serta fizikal yg penat setelah bertungkus lumus di sekolah dari pagi hingga ke petang..berakhir dengan sesuatu yg x terduga..Mungkin inilah ujian yg diberikan oleh Allah kepada diriku..utk melihat sejauhmana kesabaranku..melihat adakah aku manusia yg mudah berputus asa atau manusia yg suka menunding jari kpd org lain atas apa yg berlaku. Alhamdulillah..aku akan terus melihat apa yg berlaku dr sudut yg positif..ada sesuatu yg Allah ingin sampaikan pd hamba2nya..Semoga kita semua sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa ingat dosa serta pahala dalam melakukan sesuatu..
Posted by Dea at Thursday, September 11, 2014 0 comments
~Kerana nila setitik..rosak susu sebelanga. Memang  kecewa..sedih..apatah lagi murid-muridku yang selama ni telah berusaha sebaik mungkin utk lulus dengan cemerlang paper Sains ini. Dugaan dan ujian buat diriku yang pertama kali memegang kelas peperiksaan UPSR utk subjek Sains tahun ini. Aku x boleh lemah..hilang semangat..moody..Mereka perlukan semangat aku utk terus berusaha buat yang terbaik walaupun terpaksa mengulang semula pada 30 Sept. ini.

Bertabahlah wahai hati dengan ujian ini..semoga ada hikmah di sebaliknya. Kita dah berusaha buat yang terbaik..semoga kamu semua berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat..Inn Sha Allah. Aamiin~.

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2014

Posted by Dea at Saturday, September 06, 2014 0 comments
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua pelajar Tahun 6. Kami mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk kalian.aamiin...
Posted by Dea at Saturday, September 06, 2014 0 comments

Posted by Dea at Saturday, September 06, 2014 0 comments

'DULU' kita pernah rapat,
'DULU' kita pernah ketawa,
'DULU' kita pernah senyum,
'DULU' kita pernah menangis,
'DULU' kita berkongsi MASALAH...

MASA MENGUBAH KITA SEMUA

Kita tak sama macam 'DULU', Bila dah tak jumpa kita jadi kekok...
Berbual sekadar bertanya khabar..

Ya, aku RINDU saat waktu 'DULU' itu..
Walaupun aku rindu,
tapi aku tahu waktu 'DULU' itu takkan sama macam sekarang...
dan Takkan Pernah Kembali..
 
 
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor