Sekolah dah mula balik.
Kembali kepada 'Bussiness' hakiki....mengajar + tugasan yang tak pernah habis, bahkan makin bertambah....Cuti dua minggu je....tak terasa2..pejam celik..pejam celik dah habis..
Apa2 pun...amanah yang berbayar yang diberikan kepada kita, lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan.
Kalau tidak mendapat balasan di dunia.....Inn Shaa Allah balasan di akhirat menanti kita.
Lupakan
soal APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) kerana itu bukan matlamat
kita, walau pun kekadang nampak pincang dari segi siapa yang layak
menerimanya. Biarlah yang memberinya jawab di Akhirat kalau tidak
berlaku adil.
Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai sahabat cikgu semua.
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Suara Hati..
Dalam mencari ketenangan hati,
Terasa banyak halangan ku rasai
Membuat diri sering
berbagi,
Peribadi kukuh tidak
terdiri,
Damai dicari datang dan
pergi,
Ke kadang ia singgah di
pintu hati
Ke kadang ia hilang dan resah datang mengganti
Ke kadang tergugat keteguhan peribadi…
Menjalani ranjau dunia
mandiri.
Mencari solusi sebagai
pengabdi…
Berkata hati …
Ingin memperhambakan diri
Teguh sujud pada Illahi,
Membasahkan bumi menginsafi diri
Bersungguh memanjat doa
mencondong tinggi,
Pelihara lah hati, jiwa dan
iman ku sebagai hamba sejati.
Categories
bicara hati
Kita Yang Menentukan..
Bijak dalam mengendalikan diri amat penting dalam menentukan kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan seharian...Bila ditimpa masalah...apa yang penting adalah zikir, fikir dan ikhtiar...macam mana tu?
Tika diri dilanda masalah sama ada ditimpa bencana atau musibah, orang benci kita, orang marah kita, dibebani hutang yang banyak atas keperluan untuk hidup, pertama2 sekali kita haruslah zikir...apa itu zikir? iaitu kita himpun semua masalah kita tersebut dan kita serah pada Allah...berdoa pada-Nya moga diringankan bebanan kita untuk menghadapinya....
Selepas itu, kita haruslah fikir...fikir apa tindakan yang sewajarnya...kalau ditimpa musibah, adakah kita perlu terus bersedih atau redha?kalau ada orang marah atau benci pada kita, adakah kita harus membalas balik dan berdendam dengan mereka atau kita memaafkan mereka?
Selepas itu, barulah kita cuba ikhtiar...berikhtiar macam mana caranya kita boleh mengatasinya...berikhtiar dengan cara yang ma'ruf....berhemah...tenang...
Macam mana kalau ada orang marah kita?apa tindakan kita?
Pertama kita seharusnya bersyukur sebab bukan kita yang marah...kerana marah itu adalah syaitan dan syaitan itu dari api...api itu tempatnya di neraka...
Kedua kita mestilah mendoakan orang tersebut supaya diampunkan dosanya...diberi ketenangan supaya marahnya cepat reda...
"Jadilah sepohon pokok mangga....orang membaling pokok itu dengan kayu tetapi pokok itu memberikan buah mangga yang manis lagi lazat..."
Kita tak rugi apa2 bila orang marah atau berdendam dengan kita kalau kita sabar...kerana ganjarannya hanya Allah yang layak memberi...ingat Allah ingat rahmat-Nya...kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya...wallahua'lam...

motivasi
Kehilangan Kucing Kesayangan..
Berat hati ini untuk menaip tapi saya akan tetap juga lakukan untuk disimpan dalam memori. Sesuatu yang sungguh tak disangka telah berlaku... Isnin, 03.06.2013 kami telah kehilangan kucing kesayangan kami, Joe-ra...
Mungkin Joe-ra terlepas dari pagar ketika abah keluar untuk solat di masjid. Abah tak perasaan.. dan laluan di kawasan perumahan saya adalah kawasan orang berjoging untuk ke Taman Lipur Bukit Soga. Sama ada Joe-ra tidak jumpa jalan balik atau diambil orang. Saya pun terus berlari juga mencari kat serata tempat sambil sebut "joe-ra... joe-ra....". Tak dapat saya gambarkan perasaan saya masa tu. Tak peduli dengan orang yang lalu lalang... saya tetap berulang-alik mencari. Saya tahu memang mustahil untuk jumpa Joe-ra.. sebab perumahan di sini besar, orang pun ramai. Usaha tetap usaha sampai ke sudah dan akhirnya kami berhenti...
Saya terus peluk mama . Saya hanya mampu cakap "sampai hati orang tu ambil kucing kakak... itu kucing kita." Kami berdua memang sedih yang teramat. Joe-ra sangat manja dan keletah dia menghiburkan kami sekeluarga. Setiap detik yang berlalu kami bergilir-gilir memanggil namanya dengan harapan ia muncul di hadapan kami..hingga saat ini :(
Hibanya hati ni memang tak terkata. Apatah lagi bila masuk rumah tengok semua barang-barang Joe-ra macam biasa. Makanan kat depan, tempat tidur dia atas katil, mainan kat sana-sini....ya Allah hancurnya hati saya memang tak dapat nak terangkan. Lewat malam tu kami sekeluarga pusing-pusing semula untuk tengok-tengok mana tahu Joe-ra ditinggalkan kat mana-mana.
Orang kata tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Ya, saya tidak nafikan itu tapi siapa yang boleh menolak kesedihan dan kekosongan di hati? Joe-ra datang dalam hidup kami hanya untuk 5 bulan, terlalu singkat rasanya untuk dia pergi. Kami masih mampu untuk beri dia kasih sayang yang secukupnya. Tak pernah sekali pun kami rasa terbeban. Yang pasti Joe-ra banyak membawa perubahan dalam kehidupan kami..
Semoga Jo-era masih selamat berada di luar sana... dan harap dapat doakan kesihatan Joe-ra dan semoga ia dapat kembali ke pangkuan kami semula. Kalau-kalau ada yang terjumpa atau ternampak ia di mana-mana, ambillah jaga dia dahulu dan harap dapat beritahu kami ye. Nanti kami datang jemput dia..
~Maafkan saya sahabat.. kerana tidak menjaga hadiah yang cukup berharga dan istimewa itu dengan sebaiknya..
Categories
bicara hati
Mereka Tetap Manusia
KBSR..PPSMI..KSSR..SPPBS..SAPS..e-itu..e-ini..Ya Allah..Mungkin ada yang mengatakan mereka
adalah guru, jadi kenalah berkorban. Ya…benar sama sekali. Tetapi kita
jangan lupa mereka tetap manusia yang ada limitasi daripada segi tenaga
dan emosinya.
Jangan kerap sangat
“bertukar dasar dan jadikan guru-guru ini bahan eksperimen". Setiap kali
tukar menteri, pening nanti guru-guru. Kadang-kadang benda yang mudah jadi semakin sukar. Jadi, buat kajian dengan sebaiknya.
Akhirnya, seperti yang kami katakan tadi di sebalik implementasi ini, yang penting, prestasi & kualiti guru-guru ni boleh
ditingkatkan bukan menjadikan mereka tertekan dan hilang tumpuan dalam
tugas mereka. Adalah sesuatu yang malang apabila guru tergolong antara yang ramai berjumpa dengan pakar sakit jiwa akibat bebanan kerja yang melampau ~!
Kadang-kadang saya terfikir alangkah baiknya jika tidak ada penemuan teknologi komputer dalam kehidupan~!
Categories
kerjaya
Subscribe to:
Posts (Atom)