~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Apa Yang Berlaku Ada Hikmahnya

Posted by Dea at Friday, May 31, 2013

Renungan ku dan renungan mu,
aku redha dengan perpisahan ini Ya Allah,
aku bersyukur di atas perpisahan ini,
kerana ku yakin engkau maha mengetahui segalanya,
mungkin si dia bukan terbaik untuk diriku.

Ya Allah...
aku berserah segalanya pada Mu.
Kurniakan lah kebahagiaan pada dirinya,
hadirkah lah insan yang terbaik buat dirinya,
semoga dirinya tidak terus hanyut di buai mainan dunia yang hanya sementara.

Ya Allah...
ku tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yang telah ku lakukan,
mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami,
namun aku redha dan pasrah jika ini merupakan hukuman dari Mu pada ku,
daku bermohon pada Mu hadirkan lah kebahagiaan yang abadi,
bantulah diriku mencari ketenangan di sebabkan perpisahan ini.
Ku memohon petunjuk Ilahi hadirkanlah insan sejati,
menemani kesepian mendamaikan sekeping hati ini

Ya Allah....
Hanya cinta Mu yang ku harapkan,
hanya kasih Mu yang ku dambakan,
andai dia Kau utuskan buat perantaraan aku terima dengan redha.
Namun padanya ingin ku berpesan,
maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untuk mu,
kerana dia adalah milikNya,
maaf jika ketaatan ku tidak sepenuhnya untuk mu,
kearna ia milikNya,
maaf jika cinta ini bukan sepenuhnya untuk mu,
kerana ia adalah milikNya,

Ya Allah...
Aku pasrah andai di takdirkan bersendirian sehingga ke akhir hayat dikala nafas terhenti.
Kerana ku yakin cinta ku padaNya cinta azali.
Kerana janjiNya adalah janji yang pasti.
Kerana Dia tidakkan mempersiakan.
Kerana Dia takkan mengecewakan.
Lantas ku akur,
ku bukakan hatiku seluasnya serta minda ku pemberianNya.
Kuterima sang hakikat dengan penuh ketenangan sesungguhnya perjalanan ini telah tertulis,
rentetan hayat ini telah tersurat.

Ya Allah...
kurniakan lah aku pasangan yang soleh sebagai penyejuk mata penenang jiwa,
kurniakan daku insan sebagai penyejuk mata penawar di hati
di dunia dialah penyeri di syurga menanti.
seandainya dirinya tercipta untuk ku relakan aku menjadi miliknya....aamiin.


Aku mengharapkan kebahagiaan setelah lama menanti..namun takdir Allah, aku redha..
"Ya Allah, jadikanlah hambamu ini sentiasa redha dengan ketentuanMu..jika ini yang terbaik aku pasrah. Sesungguhnya kebahagian di dunia ini semua milikMu. Terima Kasih ya Allah atas pinjamanMu ini. Jangan lah kau jadikan aku hamba yang menuntut di atas segala pinjamanMu ini. Aku hanya inginkan lindunganMu, keampunanMu, keredhaanMu. Janganlah kau jauhkan hatiku dariMu ya Allah. Ampuni dosaku dan mereka yang menyakiti hati ini. Sesungguhnya hatiku adalah milikMu"

1 comments:

Unknown on 31 May 2013 at 02:32 said...

ermm aamin :-)

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor