~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Kumbang Kekura Sihat dengan Memakan Afid Organik

Posted by Dea at Friday, August 24, 2012

Satu kajian baru menunjukkan larva kumbang kekura yang memakan mangsa di kawasan penanaman organik dilihat lebih hidup membesar berbanding larva kumbang kekura yang hidup di kawasan penggunaan baja konvensional,.

Kajian yang diterbitkan dalam Biological Control, mungkin dapat memberi kesan penting bagaimana petani menggunakan pemangsa semula jadi untuk mengawal perosak.
 
Ramai orang percaya makanan organik baik untuk kesihatan mereka. Kajian berasaskan makmal ini tidak menguji idea tersebut. Larva kumbang kekura diberi makan afid organik dilihat sepuluh peratus lebih berjaya untuk mencapai tahap dewasa – satu perbezaan yang boleh memberi impak besar kepada populasi kumbang kekura tersebut, jika ia benar pada ladang.
 
Dr. Jo Staley dari Pusat Kajian Semulajadi Alam Sekitar (NERC) untuk Ekologi dan Hidrologi (CEH), salah seorang penyelidik berkata, eksperimen lebih banyak perlu dijalankan bagi melihat pada pelbagai jenis pemangsa dan mangsa di persekitaran lapangan yang sebenar, sebelum kita mengetahui jika hubungkait ini berada pada sistem yang lebih kompleks.
 
"Ini hanyalah kajian awal, tetapi kami telah membuktikan bahawa sedikit perubahan pada baja di sesuatu tanaman boleh menghasilkan kesan signifikan terhadap kematian kumbang kekura," kata Staley.
Kumpulan tersebut meletakkan afid-afid pada tumbuhan yang dibesarkan dengan baja Ammonium Nitrate buatan, dan pada tumbuhan lain yang dibesarkan dengan baja organik seperti tinja ayam dan sisa lebihan tanaman. Mereka kemudiannya mengalihkan afid-afid tersebut dari tumbuhan itu dan memberikan ia sebagai makanan kepada larva kumbang kekura yang dikurung, sambil memerhatikan kadar kemandirian pemangsa.
 
Para saintis berpendapat bahawa perbezaan pada kadar kematian kumbang kekura yang dilihat mungkin kerana afid tersebut menyimpan kimia beracun glucosinolates yang terhasil daripada tumbuhan itu demi melindungi diri daripada serangan perosak. Kimia ini digunakan bagi menguatkan pertahanan afid-afid itu terhadap pemangsa. Tumbuhan yang menggunakan pembajaan buatan boleh menghasilkan lebih banyak bahan kimia tersebut, maka dijangkakan afid-afid pada tumbuhan tersebut boleh menjadi lebih beracun.
 
Namun, Staley berkata lagi bahawa ianya tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku. Jumlah kemandirian untuk kumbang kekura adalah sama samada ketika peringkat larva ia memakan afid yang menghasilkan pertahanan tersebut atau memakan afid umum yang tidak menghasilkan pertahanan tersebut. Lebih asas lagi, analisis kimia badan afid dari kedua-dua rawatan tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan pada tahap glucosinolates, bahan kimia yang disangka digunakan oleh afid untuk pertahanan diri mereka daripada pemangsa.
 
“Kemungkinan kumbang-kumbang kekura itu berasa kesan sakit daripada bahan tumbuhan kaya-racun yang terkandung dalam perut mangsanya, atau bahan pertahanan selain daripada glucosinolates mungkin bertanggungjawab untuk itu," ujar Stanley.
 
Kaedah 'kawalan biologi' seperti membebaskan sekumpulan kumbang kekura yang dibiak secara kurungan ke ladang untuk mengawal afid telah mula terkenal beberapa tahun ini. Seperti biasa, pelbagai pendekatan kurang ekstrem digunakan untuk mengawal perosak secara biologi dengan meningkatkan populasi pemangsa seperti kumbang kekura dan larva pepatung. Mereka menggunakan kaedah seperti meninggalkan beberapa peratus kawasan tidak ditanam atau membina jaluran tanaman digelar 'bank kekumbang'. Kajian ini mencadangkan keberkesanan taktik-taktik tersebut bergantung kepada bagaimana petani-petani membaja tanaman mereka. Sumber - http://planetearth.nerc.ac.uk/news/story.aspx?id=1253&cookieConsent=A

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor