Namanya juga kehidupan..kita hidup tidak boleh
sendirian..pasti berteman..berkawan.
Kawan datang dan pergi..bertukar ganti..hanya yang
betul-betul sejati akan kekal dalam jiwa, hati dan sanubari..Berkawanlah
keranaNya..demi mencari hidup mencapai redhaNya..kerana dengan itu..kita pasti
tidak jemu jika sentiasa bertemu dan tidak resah jika berpisah..Bila diingat
kembali mahu diulang saja kenangan lalu...
Teman Sejati
Selama ini
Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
0 comments:
Post a Comment