Memiliki akaun FB atau twitter seakan menjadi trend pada masa kini. Memang kita boleh dicop ketinggalan zaman kalau x tahu apa tu FB :) Majoriti anak2 didik saya juga memilikinya..
Sebahagian besar sahabat FB saya hanya dikenali di alam cyber. Bila saya fikirkan apakah saya sekarang
berukhwah kerana Allah? Seindah apa ukhuwah yang kita miliki atau yang
pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? Banyak persoalan
yang perlu kita muhasabah semula.
Begitu juga dengan diri saya sendiri
terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya
bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba
untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami
kita.
Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik,
yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya
keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji
kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya
bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri
yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan
akidah yang satu.
Hayatilah persahabatan semoga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan
hingga ke akhirnya..ukhwah fillah Abadan abada.
0 comments:
Post a Comment