Wanita muslimah jatuh
Cinta?
Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika
cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu
di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.
Ketika wanita muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan
adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah.
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.
Ketika wanita muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk
bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan
menjauh dari orang tersebut.
Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah
kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum
halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,
kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya
yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun
caranya. Bahkan jika cinta dia harus
menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika wanita muslimah jatuh cinta,
kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini
ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara
kau dan dia.
Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh
bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap.
Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu
rasa rindu akan cinta Rabbmu.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya.
Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat
mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk
bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya.
Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada
waktunya.
0 comments:
Post a Comment