“Saya sibuk sekarang ni”. Saya tak ada masa”. Banyak kerja yang perlu saya siapkan”.
Itulah
jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan dari
kawan-kawan…. lebih-lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita
kepada program-program yang berkaitan dengan Islam. Benarkah semua orang
sibuk atau buat-buat sibuk?
Saya yakin memang semua orang sibuk,
cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam Al Ghazali
“rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk
dunia sahaja”. Bagaimana pula dengan kita… apa yang kita sibukkan,
adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah
SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan
hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat? Berapa
peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?
Mahukah kita tergolong
dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam
Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya
“Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri
mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah ‘kerugian’ yang
sebenarnya”.
Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan
menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan
dibentangkan kitab amalan kita….`ada yang akan menerima kitabnya dari
sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula
yang akan menerima kitab amalannya dari belakang… bagaimana pula yang
kita harapkan. Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud
“Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat
dengan begitu rapi oleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita),
kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat
apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata… celakalah kami, kitab
apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar
melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka
kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka”
Saat-saat
beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan
diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata. Apakah
nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang menyesali
perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan ke dunia
untuk mereka beramal soleh….. tetapi kebanyakan permintaan ini Allah
jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna lagi,
seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)
“Dan
(alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang
yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka
berkata…. Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah dengar…
kembalikanlah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya
kamu termasuk orang-orang yang yakin”
Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu… setelah jatuhnya
ketetapan Allah ke atas diri kita. Sekaranglah masanya untuk kita
renungkan masa-masa yang kita lalui, setakat manakah ianya benar-benar
bermanfaat untuk Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan
belitan syaitan, kerana tipu dayanya terlalu halus.
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment