~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Sehelai daun itu..

Posted by Dea at Saturday, February 16, 2013 0 comments
Sehelai daun itu telah jatuh melayang-layang ke atas bahuku...
Terus terlintas dalam fikiranku bahawa walaupun cuma sehelai daun, pastinya ALLAH swt mengetahui perihal daun yang usang berwarna coklat itu. Hanya dengan kuasa ALLAH ditakdirkan 'dia' gugur dari rantingnya menandakan telah tamat tempohnya hidup di bumi ALLAH ini. ALLAH itu MAHA DEKAT dan MAHA MENGETAHUI.

Ku ambil, ku belek dan ku renung sehelai daun yang masih jelas urat-urat jejala tapi ada satu lubang pada daun yang telah koyak mungkin dimakan ulat... daun yang dulunya segar menghijau hijau kini berwarna kusam dan tidak lagi mendamaikan mata memandang.

Daun itu mengingatkan diriku bahawa masa yang beredar akan menukar yang muda kepada tua..yang cantik kepada hodoh...yang gagah kepada lemah..dan yang paling pasti...yang hidup kepada mati.

Sesungguhnya daun itu memberi penuh makna padaku. Dengan statusnya 'dilahirkan' ke bumi sebagai daun, tugas menghasilkan oksigen seperti yang dipertanggungjawabkan telah dilaksanakan sebaik mungkin. Tak mungkin sehelai daun itu mendurhakai perintah ALLAH..., mogok tidak mahu menjalankan tugas fotosintesis.
Bayangkan apa yang terjadi jika ia memberontak tidak mahu menjalankan suruhan ALLAH untuk membina molekul-molekul udara yang segar..? Akan huru-hara dunia dan ramai manusia yang mati lantaran tiada kecukupan udara untuk bernafas.

Daun itu bukti nyata di hadapanku bahawa seluruh tumbuh-tumbuhan dan alam sejagat ini sentiasa tunduk dan akur pada sunnatullah dan perintah ALLAH... dan 'mati'nya daun, ranting, dahan, serta kawan-kawan sejenisnya yang lain tak akan dibangkitkan lagi untuk melalui hari pembalasan... Mereka gugur, jatuh ke tanah, reput lalu menyebatikan diri semula dengan tanah dan mikrob yang lain.
Namun, kitaran itu tidak sama sekali berlaku pada kita yang bergelar manusia. Kita hidup, mati dan pasti dibangkitkan semula, untuk ALLAH menyoal apakah yang telah kita lakukan dengan jawatan kita sebagai:
1) hambaNYA
2) khalifah NYA
Renung ke dalam diri...
Apakah yang telah ku lakukan dengan 2 jawatan penting itu...?
Sehelai daun itu telah kembali pada ALLAH...
Kita akan turut kembali padaNya...sebagai manusia.

Bersediakah kita....?

Keseronokan Bekerja

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments

Wang Belanja..

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments
Cikgu : Rizal kenapa kamu tak keluar rehat?
Rizal : Saya tak nak makan hari nih cikgu...
Cikgu : Kenapa? kamu tak bawa duit ke?
Rizal : Diam (Menggeleng kepala sambil tunduk ke bawah)
Cikgu : Takpe pegi ambil makanan dan beritahu makcik tu nanti cikgu bayar.
Rizal : Baik cikgu.. (riak wajah sedih).

Hati kecil guru mana yang sanggup melihat anak muridnya 'mengikat perut'... tapi kecewa jika ada ibu bapa yang sanggup tidak memberikan wang belanja kepada anak mereka ke sekolah kerana sejak akhir-akhir ini kerajaan memperuntukkan bantuan yang melimpah ruah.

Jadilah Rama-rama Yang Mengindahkan Alam..

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments
Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka & ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam & menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu tinggal di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap & pegang rama-rama dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna & corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa kurang tetapi harga diri & maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna & coraknya manakala harga wanita terletak apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran & evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar kepada sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat & dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia yang sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar - indah dipandang tetapi dia sendiri yang menanggung beban. Hiduplah dengan bebas & terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan & maruah diri anda berada di taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik & sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah & sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin anda sukar dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara & melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai & maruah diri anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai lelaki yang benar-benar sanggup mencintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang & belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Buat Renungan..

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. 


Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis...
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor