~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Hanya Jauhari yang mengenal Manikam

Posted by Dea at Sunday, June 30, 2013 0 comments
Ketika bersembang dgn seorang sahabat, terpacul peribahasa "Hanya Jauhari yang mengenal Manikam". Dia kata dah lama tanya kawan2 bagaimana asal usul peribahasa ini boleh tercipta dan sehingga kini dia belum mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.

Sedikit masa dulu saya juga sering tertanya sepertinya..kebetulan pula saya menguruskan program bacaan NILAM di sekolah. Terdapat dua tahap NILAM iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Mengapa Jauhari? Atas maklumat yang saya ada maka dapatlah saya menjelaskan secara ringkas asal usul peribahasa tersebut kepadanya.

Peribahasa tersebut berasal dari kisah orang2 tua mengenai persahabatan pedagang hindu (Patmanaban) dan orang laut(Jauhari) di tanah Melayu. Mereka berjumpa, dan kemudiannya bersahabat baik. Tak lama lepas tu, mereka mengambil keputusan untuk berlayar bersama.

Langit tak selalu cerah, setelah bertahun2 berlayar bersama kapal mereka dilanda badai yang amat kuat, di lautan lepas (atas sikit dari Aceh)sehingga menenggelamkan mereka. Dalam kekalutan tersebut, hanya tuhan sahaja yang mampu menyelematkan mereka. Jauhari dapat berpaut pada serpihan kapal, dan berenang ke daratan, namun Patmanaban tidaklah dapat di jumpai. Beliau merasa amat sedih. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya

Selepas 10 tahun berlalu, Jauhari kembali belayar,beliau kemudiannya singgah di sebuah bandar. di utara Aceh. Ketika beliau jalan, lepak2, makan angin, beliau terserempak dengan seorang gila, terbiar, mukanya rosak teruk. Beliau amat terkejut apabila mendapati, itulah sahabatnya Patmanaban, yang terpisah dengannya ketika kapal mereka tenggelam. *sekilas pandang sahaja beliau telah kenal Patmanaban.

Kemudian, atas kapasiti sebagai sahabat karib, beliau membawa Patmanaban ke kampungnya dan menemukannya dengan keluarga Patmanaban. Selepas perubahan wajah dan perangai, sukar untuk keluarga Patmanaban  mengecamnya.

Kemudian kisah ini diceritakan oleh Jauhari kepada anak cucunya. Dan dari kesetiaan Jauhari  itulah diambil sebagai peribahasa.

"Hanya jauhari yang mengenal manikam" ; hanya orang2 yang betul2 memahami dan mendalami sesuatu/seseorang itu dapat mengenal sesuatu/seseorang.
 

Mungkin ada yang bertanya kenapa nama berbeza dalam cerita dan peribahasa. Ada 3 pendapat yang menjelaskan perkara tersebut.
1-Manikam dalam bahasa telugu memberi maksud ketua, mungkin Patmanaban ialah ketua masyarakat di tempat asalnya.
2-Manickam = Lord Krishna. Mungkin beliau lebih selesa menggunakan nama ini ketika berurus niaga.
3-Manikam mungkin diambil kerana beliau kerap menyambut seseorang dengan ucapan Vanikam, kemudia berlaku kesalahan dalam proses pemindahan cerita dari mulut ke mulut.


Sama ada cerita ini rekaan atau dongeng semata tak tahulah saya.  Nampaknya sahabat saya berpuas hati dengan penjelasan ini :)

Katak Oh Katak~!

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Minggu yang sibuk..esok menjadi hakim dan guru pengiring utk pertandingan Tokoh Nilam peringkat PKG..Lusa selama 3 hari berturut2 akan mengikuti bengkel Frog-Vale. Apa tu?


Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.



Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE(Virtual Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.



Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu~!

Sistem Oh Sistem ~!

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Cikgu kena key-in markah sebelum 10 Jun 2013.
Kami berkobar-kobar ingin mengisinya..tapi apakan daya..sistem dalam proses pembaikan...walaupun ada dinyatakan selepas 9 Jun 2013 sistem boleh dilayari seperti biasa..harapan tinggal harapan. Sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, sila angkat tangan. Kes seperti nilah yang menambah kebengangan dan menambah ketensenan guru. Kami dah tak ambil kisah dengan segala beban kerja yang semakin banyak. Kami dah dapat menyerap segala masalah disiplin murid-murid sekarang. Bak kata orang tua-tua, alah bisa tegal biasa. 
Namun, yang amat memeningkan kami, sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) yang wajib diguna pakai untuk menganalisis peperiksaan di sekolah. Tapi sistem ni ibarat indah khabar dari rupa jer. Saya dah cuba selesaikan tugasan mencetak slip peperiksaan menggunakan aplikasi SAPS ni kat sekolah lagi, ni sambung waktu malam di rumah, namun apa hasilnya? Maaf,.. sistem masih dalam penyelenggaraan dan yang lebih dasyat, issshhh nak lepaskan geram dan tensen ni..
Hikmahnya : bagi pembuat sistem , tengok2 lah segala infrastruktur yang ada, fikirlah bahawa sistem masih dalam percubaan, so janganlah jadikan kami guru-guru ni sebagai bahan ujikaji, tolonglah...apa kata buat je sistem seperti Facebook..pasti lancar dan mudah dilayari di mana saja :D

Rahsia Khusyuk dalam Solat

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

Tiada Kejayaan Tanpa Kesabaran

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Manusia tidak akan berjaya tanpa kesabaran. Dalam setiap ketika, manusia berada dalam situasi di mana dia harus mentaati Allah atau dia harus menjauhi larangan Allah. Samada dia perlu menerima perintah dan peraturan Allah atau bersyukur pada Allah. Kesemua ini menuntut kesabaran.
Jadi, sehingga mati tiada siapa dapat lari dari bersabar. Apa-apa yang berlaku pada kita di dunia ini samada sejajar dengan kemahuan kita atau tidak, sabar masih diperlukan.
Ujian dan kesusahan terbahagi kepada 2 kategori utama:
1. Kesusahan di luar batas kawalan seseorang
2. Kesusahan disebabkan oleh orang lain.
 
Dalam mendepani kesusahan di luar batas kawalan, selalunya manusia memberi reaksi berikut:
1. Merasa putus asa dan tidak berpuas hati, merungut dan merasa panik
2. Bersabar samada kerana Allah atau kerana sifatnya yang memang kuat dan cekal
3. Menerima dengan redha
4. Menerima keadaan dengan penuh rasa syukur.
 
Dalam berdepan kesusahan yang disebabkan oleh orang lain, manusia memberi respon berikut:
1. Memilih untuk memaafkan dan melupakan atau tidak
2. Memutuskan untuk tidak membalas dendam atau membalas
3.Terus melayan baik orang yang memberi layanan buruk kepada beliau.
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor